Now Reading
Schwarzkopf Got2B Lancar Produk Warna Rambut Triwarna Baharu

Schwarzkopf Got2B Lancar Produk Warna Rambut Triwarna Baharu

Harga pengenalan bagi dua produk baharu ini adalah RM61.90 dan ia boleh didapati secara ekslusif di Watson Malaysia atau kedai rasmi Schwarzkopf di Shopee and Lazada Mall bermula November 2023.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Got2B, jenama pewarna dan penggayaan rambut terkemuka dari Schwarzkopf baru-baru ini telah memperkenalkan dua produk pewarna rambut Triwarna (tiga warna) dalam koleksi pewarna separa kekal mereka di Malaysia.

2 produk tersebut adalah:

  • Rainbow Red
  • Rainbow Aqua

Direka untuk menyerlahkan penampilan, pewarna Rainbow Red memberikan keyakinan membara kepada pemakainya manakala pewarna Rainbow Aqua dengan tona warna aqua dan turquoise membawakan mood fantasi.

Got2B Farb/Artist Tri Color merevolusikan kaedah mewarna rambut dengan memudahkan pengguna menghasilkan gaya rainbow ombre atau rainbow strand mengikut pilihan sendiri (personalized) dengan gabungan tiga warna dalam satu kit yang menawan.


Sesuai Buat Anda Yang Ingin Tukar Gaya Rambut

Produk ini juga dirumus agar gayanya kelihatan segar dan dapat bertahan lebih lama sehingga 12 ke 15 hari.

Baik pilihan warna vibrant atau pastel, kit ini turut dilengkapi dengan perapi rambut (conditioner) yang akan mengadunkan krim pewarna agar dapat melaraskan kepekatan warna rambut mengikut kesesuaian pemakainya.

Bagi mereka yang berambut gelap, langkah yang disyorkan ialah dengan turut menggunakan Schwarzkopf Freshlight Super Bleach terlebih dahulu agar rambut mencari cerah bagi memastikan pigmen warna melekat dan akhirnya menunjukkan warna.

Harga pengenalan bagi dua produk baharu ini adalah RM61.90 dan ia boleh didapati secara ekslusif di Watson Malaysia atau kedai rasmi Schwarzkopf di Shopee and Lazada Mall bermula November 2023.

Layari akaun media sosial rasmi Schwarzkopf Malaysia di Facebook & Instagram untuk maklumat lanjut.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd