Now Reading
Kipas, Makanan Instant & 5 Lagi Barang Penting Untuk Bayi Yang Perlu Dibawa Ketika Bercuti

Kipas, Makanan Instant & 5 Lagi Barang Penting Untuk Bayi Yang Perlu Dibawa Ketika Bercuti

Bagi memudahkan urusan ibu bapa ketika bercuti, beberapa barangan bayi yang penting perlu dibawa supaya tidak menimbulkan keadaan yang tidak selesa kepada si kecil.

barang baby

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Buat ibu bapa yang ingin bercuti dengan keluarga masing-masing dan mempunyai anak kecil, pasti pelbagai kelengkapan yang perlu disediakan dengan sempurna.

Sesetengah ibu bapa akan membuat senarai barangan yang perlu dibawa supaya tidak tertinggal keperluan yang penting.

Kalau tertinggal, boleh ‘potong’ mood nak pergi bercuti.


Barangan Bayi Yang Perlu Dibawa Ketika Bercuti

Menerusi ciapan dimuat naik di laman X (Twitter @syeerayahaya), wanita ini berkongsi pengalamannya yang pertama kali bercuti dengan anak kecil dan bayi.

Pengalamannya itu membuatkan dia mula mempelajari tentang beberapa barangan penting yang perlu dibawa oleh ibu bapa terutamanya mereka yang mempunyai bayi.

Antara barangan tersebut adalah:

#1. Pembawa Ergonomik (Ergonomic Carrier)
Sumber: X (Twitter @syeerayahaya)

Dengan adanya pembawa ergonomik yang digantung pada bahagian hadapan badan, ia membolehkan bayi berada dalam keadaan selesa semasa anda sedang bergerak.

Anda nak berjalan-jalan pun lebih mudah kerana tidak perlu mendukung bayi dalam tempoh agak lama. Lenguh juga tangan nanti.

#2. Kain Penutup Badan Ketika Menyusu (Nursing Cover)
Sumber: X (Twitter @syeerayahaya)

Bagi ibu yang masih menyusu badan bayi mereka, nursing cover ini memang sangat penting apabila si kecil sudah kelaparan. Dengan adanya kain ini, anda boleh menyusu bayi di mana-mana sahaja dengan lebih selesa di tempat awam.

#3. Kipas Kecil
Sumber: X (Twitter @syeerayahaya)

Mungkin sebagai orang dewasa, segelintir individu tidak terlalu kisah dengan cuaca yang panas. Tetapi percayalah, kipas kecil mudah alih ini sangat berguna bagi mengelakkan anak kecil anda merengek kerana berpeluh dan kepanasan.

#4. Tali Keselamatan Kanak-kanak
Sumber: X (Twitter @syeerayahaya)

Apabila bercuti, memang rambang mata dan boleh jadi leka semasa sedang sakan membeli-belah. Jadi dengan adanya tali keselamatan ini, ibu bapa dapat mengawal pergerakan anak kecil supaya tidak berjalan terlalu jauh dan mengelakkan risiko hilang di tempat awam.

#5. Alat Silikon Gigi (Silicone Teether)
Sumber: X (Twitter @syeerayahaya)

Alat ini kebiasaannya dipasang pada tangan bayi dengan tujuan untuk membuatkan si kecil leka bermain dengannya. Secara tidak langsung, mereka juga akan kurang meragam.

Jangan risau kerana alat tersebut diperbuat daripada silikon lembut dan tidak membahayakan jika digigit oleh bayi.

#6. Makanan Bayi
Sumber: X (Twitter @syeerayahaya)

Di pasaran, ada pelbagai jenis makanan bayi ‘instant’ yang dijual . Tinggal bancuh sahaja. Senang sangat.

Kalau nak lagi mudah, anda perlu bancuh siap-siap dan masukkannya ke dalam botol sebelum keluar berjalan. Selain itu, boleh juga beli beberapa paket biskut bayi sebagai kudapan mereka.

#7. Mesin ‘White Noise’
Sumber: X (Twitter @syeerayahaya)

Apabila berada di kawasan yang mempunyai banyak bunyi bising, mesin ‘White Noise’ ini boleh menjadi penyelamat bagi membolehkan bayi anda tidur dengan lebih cepat.

Untuk info, ‘white noise‘ boleh membuatkan bayi lebih tenang dan mudah untuk tidur kerana ia seolah-olah memberikan suasana mereka ketika di dalam rahim sebelum dilahirkan.


Kepada para ibu bapa di luar sana yang merancang untuk bercuti bersama bayi dan anak kecil, jangan lupa masukkan sekali barang-barang di atas dalam senarai ya.

Semoga perkongsian ini boleh membantu anda semua!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd