Now Reading
Zus Coffee Rai Produk Tempatan Berkualiti Menerusi ‘Kampung Buatan Malaysia’ Di Rumah Tangsi Pada 9 September

Zus Coffee Rai Produk Tempatan Berkualiti Menerusi ‘Kampung Buatan Malaysia’ Di Rumah Tangsi Pada 9 September

Kampung Buatan Malaysia adalah inisiatif khas oleh ZUS Coffee dengan gabungan bersama jenama tempatan yang gah seperti Farm Fresh, Inside Scoop, Julie’s, SYOK dan BOH.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Hari ini (8 September), team TRP telah singgah di Rumah Tangsi untuk merasai sendiri suasana ‘kampung’ yang riuh rendah dengan pemandangan yang mengimbau kembali detik nostalgia.

Untuk pengetahuan korang, kami telah menghadiri satu majlis ‘Inilah Kampung Buatan Malaysia’ yang merupakan acara khas oleh Zus Coffee iaitu jenama kopi tempatan yang terkenal kerana inovasinya.

Sumber: Siti Murni/TRP

Keriuhan suasana kampung ditemani dengan aroma kopi memberikan suntikan perpaduan dan bangga terhadap buatan Malaysia dalam diri setiap pengunjung.


Kampung Buatan Malaysia: Zus Coffee.

Kampung Buatan Malaysia merupakan inisiatif khas oleh ZUS Coffee dengan gabungan bersama jenama tempatan yang gah seperti Farm Fresh, Inside Scoop, Julie’s, SYOK dan BOH untuk bersama-sama membuktikan bahawa jenama dan produk Buatan Malaysia adalah jenama hebat sama seperti jenama antarabangsa. 

Sumber: Siti Murni/TRP

Kampung Buatan Malaysia juga mendukung jenama tempatan lain yang sedang meningkat naik untuk turut sama berganding bahu memeriahkan acara ini.

Pengunjung boleh menikmati pelbagai juadah dari Lorong Makan ZUS yang menggabungkan rasa tempatan dan antarabangsa. Selain itu, 23 jenama tempatan yang mempromosikan fesyen, tatarias, barangan hiasan rumah dan banyak lagi boleh didapati di ruangan atas Kampung Buatan Malaysia.


Zus Time Tunnel

Untuk pengunjung mengenali lebih lagi tentang ZUS Coffee, mereka bakal membawakan “ZUS Time Tunnel” di mana ia menceritakan tentang perjalanan ZUS Coffee sebagai jenama tempatan dalam memberikan produk berkualiti tinggi kepada Malaysia.

Sumber: Siti Murni/TRP

Sebahagian daripada perjalanan ZUS Coffee itu ada diselitkan sokongan ZUS Coffee terhadap jenama tempatan lain melalui gabungan bahan dalam mencipta satu cawan kopi.


Tarik Series Oleh Zus Coffee, Sempena Hari Merdeka & Hari Malaysia

Bukan itu sahaja, bersempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia, ZUS Coffee telah mencipta hidangan kopi dan teh kegemaran rakyat Malaysia melalui produk baharu iaitu “Tarik Series”.

ZUS Kopi Teh Tarik and ZUS Teh Tarik ini diperbaharui dengan kelembutan ‘Velvet Crème’ ZUS Coffee iaitu gabungan rasa tempatan lemak manis mengikut citarasa rasa.

Untuk pengetahuan korang, Kempen Buatan Malaysia juga mengetengahkan kolaborasi ZUS Coffee dengan BOH untuk “Tarik Series” dan juga kolaborasi dengan Inside Scoop untuk aiskrim edisi terhad yang diilhamkan oleh minuman ZUS Coffee.

Kolaborasi ini menunjukkan kejayaan yang dicapai apabila jenama Malaysia bersatu dan bekerjasama.


Persembahan Artis Terkenal

Sambil menikmati keindahan Kampung Buatan Malaysia, korang boleh menyaksikan persembahan oleh artis-artis terkenal tempatan seperti Syamel, Kaka Azraff, dan Andi Bernadee.

Acara ini juga bakal diserikan dengan persembahan warisan budaya Malaysia melalui tarian Muhibbah menggabungkan budaya dan kaum yang berbeza.

Bagi memperkasakan lagi konsep dan tema kempen ‘Buatan Malaysia’, ZUS Coffee telah menghasilkan video kempen yang bertajuk “ZUS Coffee On Trial: Buatan Malaysia?”.

Dibintangi wajah-wajah ternama seperti pelawak Kavin Jay dan Ryan Howlett, Arieff Yong, serta jenama tempatan yang terkenal seperti Farm Fresh, Inside Scoop, BOH, dan Julie’s, video ini bertujuan mempamerkan kebanggaan sebagai buatan Malaysia.

Jom memeriahkan lagi Kampung Buatan Malaysia pada 9 September 2023 di Rumah Tangsi. Bersama-sama kita memartabatkan produk buatan Malaysia!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd