Now Reading
Ini Tips & ‘Trick’ Menarik Untuk 9.9 Lazada Mega Brands Sale Yang Ramai Tak Tahu

Ini Tips & ‘Trick’ Menarik Untuk 9.9 Lazada Mega Brands Sale Yang Ramai Tak Tahu

Kena tahu tips untuk jadi pembeli yang bijak ketika Lazada 9.9 Mega Brands Sale nanti.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Lazada, perintis platform eDagang di Asia Tenggara teruja mengumumkan Jualan 9.9 Mega Brands yang akan berlangsung daripada 9 hingga 13 September 2023 nanti.

Rebut tawaran menawan tiada tandingan, rebat hebat, dan penjimatan yang amat berbaloi sempena kempen jualan selama lima hari yang pastinya menceriakan anda yang menggemari barangan berjenama.

Bukan lokal je, jenama antarabangsa pun ada!


Jualan 9.9 Mega Brands Lazada Kembali Dengan Tawaran Ekstravaganza & Pilihan Jenama Antarabangsa!

Bermula seawal 4 September, anda boleh mula mengumpul Lazada Bonus* untuk menikmati diskaun* RM9 dengan setiap pembelian berjumlah RM90.

Selain itu, diskaun tambahan turut didapati dengan tawaran Chup Dulu* di mana pengguna boleh meletakkan deposit untuk menikmati harga terendah dengan penjimatan sehingga 60%* buat barangan terpilih.

Dengan tawaran daripada kedai dalam talian terpilih di LazMall dan Lazada Marketplace, para pengguna boleh menjangkakan promosi hangat daripada pelbagai jenama yang diidam-idamkan, antaranya SKII, Lancome, Nike, OGAWA, Samsung, Clarks, Timberland, PUMA, Skechers, dan banyak lagi.

Sekiranya anda mencari produk pada harga terendah di Lazada, Mesti Beli Deals* memaparkan tawaran hebat dan harga eksklusif sepanjang 9 hingga 13 September.

Dapatkan pelbagai produk terlaris, koleksi gaya terkini termasuk barangan edisi terhad seperti anak patung Barbie Signature BarbieStyle dolls, peranti POCO X5 Pro, dan pembesar suara Marshall Willen.

Rebut potongan harga untuk produk seperti Nintendo Switch OLED, Dyson Supersonic Hair Dryer, Apple iPhone 14 Pro Max, TV Samsung 65” 4K UHD, fon-kepala Bose QuietComfort 45, LEGO Art Hokusai – The Great Wave, dan banyak lagi dengan diskaun hingga 70%*.


9.9 Surprise Boxes

Sumber: Siti Murni/TRP

Bagi anda yang ingin menikmati nilai hebat pada harga rendah, boleh cuba dapatkan 9.9 Surprise Boxes.

Kotak kejutan ini boleh dibeli pada harga RM9 hingga RM119, di mana setiap kotak diisi dengan pelbagai produk bernilai hingga RM1,000 atau lebih daripada jenama terkemuka seperti Laneige, Marc Jacobs, Calvin Klein, Philosophy, Kerastase, Melvita, Innisfree The Face Shop, belif, Black and Decker, Habib, dan ELLE.

Anda hanya perlu memilih jenama kegemaran anda dan nantikan kejutan daripada koleksi produk merangkumi kejutan menawan seperti barang kemas, koleksi edisi terhad, set penjaagaan kulit eksklusif, minyak wangi, snek organik premium, dan pelbagai jenis makanan.


Lagi Beli, Lagi Berbaloi!

Di samping itu, para pelanggan juga boleh mengumpul Lazada Bonus* pada setiap hari bermula 4 September sehingga akhir tempoh jualan untuk menikmati diskaun RM9* bagi setiap pembelian berjumlah RM90.

Produk yang diberkati dengan Everyday Cashback* juga menjanjikan pulangan tunai 99%* dengan perbelanjaan minimum RM9, yang boleh digunakan untuk pembelian seterusnya.

Sumber: Siti Murni/TRP

Selain itu, nikmati tawaran LazFlash* untuk produk berjenama terpilih dengan diskaun sebanyak 50%* hingga 90%*.

Seterusnya, pengguna yang membayar dengan Touch ‘n Go semasa check-out juga boleh menikmati diskaun tambahan sebanyak *10% dengan perbelanjaan minimum RM10.

Setiap kali para pelanggan melengkapkan pembelian, menyemak imbas kategori, atau check-in di aplikasi Lazada, mereka berpeluang mengumpul patung Lazzie digital yang boleh ditebus menerusi Lazzie Star*.

Dari 5 hingga 8 September, pengguna yang mengumpul Lazzie boleh membuat penebusan di aplikasi Lazada untuk mendapatkan diskaun, tawaran, atau kotak hadiah bernilai hingga RM10,000 dan berpeluang memenangi hadiah-hadiah seperti GINTELL DeVano SC Queen Massage Sofa, Ecovacs Deebot N10 Plus Robot Vacuum, Ogawa EliteX 3D Foot Reflexology, atau Tineco Floor One S5 Smart Floor Washer.

Untuk maklumat lanjut tentang Lazada 9.9 Mega Brands Sale, klik terus di sini.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd