Now Reading
[Ekslusif] Wanita 50 Tahun Celik IT, Kongsi Kisah Mulakan Bisnes Fesyen Muslimah Menerusi e-Dagang

[Ekslusif] Wanita 50 Tahun Celik IT, Kongsi Kisah Mulakan Bisnes Fesyen Muslimah Menerusi e-Dagang

Puan Rozita meluahkan rasa kegembiraan kerana akhirnya berjaya mengatasi ketakukannya terhadap teknologi dan membuang segala keraguan bahawa beliau adalah ‘terlalu tua’ untuk mempelajari sesuatu yang baru.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Itu merupakan kata-kata yang membuat seorang wanita dikenali sebagai Rozita Mat Reshad selaku pengasas fesyen Muslimah Alajmal HQ. Puan Rozita berusia 50 tahun dan difahamkan seorang yang sukakan cabaran.

Meskipun meningkat umur, perkara itu tidak dijadikan sebagai halangan buat dirinya untuk mengembangkan perniagaan menerusi platform e-Dagang. Mana tidaknya, zaman sekarang ini kesemuanya berada di hujung jari sahaja.

Gambar sekadar hiasan.

Usia 50 Tahun Bukan Penghalang Untuk Buat Bisnes Menerusi e-Dagang

Puan Rozita menjelaskan bahawa, “Jika ada yang memberitahu saya sepuluh tahun dulu bahawa suatu hari nanti akan wujud peluang bagi saya untuk menjadi seorang usahawan dalam talian yang menjual ribuan produk setiap hari, saya tidak pernah membayangkan ianya akan terjadi.

“Pada masa itu, kemahiran teknologi dan platform e-dagang memang di luar kemampuan saya. Tetapi, kehidupan sentiasa membawa kejutan buat kita dan saya bersyukur atas rezeki yang diberi,” jelasnya.


Bermula Dari Seorang Ustazah

Untuk pengetahuan umum, perjalanan Puan Rozita tidak bermula sebagai seorang usahawan. Pada zaman muda, beliau merupakan seorang Ustazah dan walaupun menjadi seorang guru memberi kepuasan dari pelbagai segi, beliau sentiasa menyimpan impian untuk memulakan perniagaan sendiri.

Pada tahun 2014, beliau berjaya mengumpulkan modal untuk membuka sebuah butik pakaian Muslimah. Dua tahun kemudian, beliau melancarkan jenama tersendiri yang dinamakan ‘Alajmal’. Ia diilhamkan oleh perkataan Arab ‘Jamila’, yang bermaksud cantik dan indah, serta ‘Ajamal’, yang bermaksud memberi keyakinan kepada masyarakat agar menjadi diri terbaik mereka.

“Malangnya, disebabkan oleh wabak Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), butik saya terpaksa ditutup. Ketika itu, saya belum mempunyai kedai dalam talian. Keseluruhan perniagaan saya terhenti secara tiba-tiba.

“Sejujurnya, saya hampir berputus asa. Hanya satu perkara yang membuatkan saya terus bertahan, iaitu rasa tanggungjawab terhadap pekerja-pekerja setia saya yang bergantung kepada saya untuk pendapatan mereka,” katanya.


‘Fresh Start’ Ke Arah Digital

Walaupun pernah ‘jatuh’ terduduk, beliau masih bersemangat untuk menyelamatkan perniagaannya. Oleh itu, beliau menyertai program bimbingan oleh Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), yang mengajar usahawan sepertinya tentang asas e-Dagang, cara menggunakan alat digital dan perincian platform dalam talian untuk memulakan perniagaan.

Gambar sekadar hiasan.

“Pada mulanya, semuanya nampak rumit dan mencabar. Mujurlah jurulatih program ini memberi panduan langkah demi langkah dengan sabar, bermula dari pengetahuan asas seperti cara memuat turun aplikasi penjual, cara mula kedai di platform e-dagang, mekanisme kempen jualan yang pelbagai, dan alat-alat penjual, sehinggalah kami mahir dalam pemasaran digital.

“Pada bulan November 2021, saya berjaya membuka kedai dalam talian saya di Lazada. Walaupun bulan pertama sangat mencabar, akhirnya pelanggan mula memesan dari kedai dalam talian saya.

“Ini memberi motivasi kepada saya dan meyakinkan pasukan saya bahawa kami berada di landasan yang bakal membuka peluang besar. Jualan musim dan kempen seperti Kempen Mega turut meningkatkan jualan dan mengubah sepenuhnya perniagaan saya,” jelasnya.


Rezeki & Peluang Di Platform e-Dagang

Melihat kedai dalam talian berkembang maju setiap bulan, ia memberikan beliau keyakinan untuk mempelajari dengan lebih lanjut dan berani bereksperimen dengan teknologi.

“Sejauh ini, penemuan terbesar bagi saya adalah betapa saya menikmati ciri “Live Stream” di Lazada, terutamanya kerana ia membolehkan saya berhubung dengan pelanggan dalam talian.

“Sebagai seorang introvert berusia 50 tahun, konsep strim secara langsung pada mulanya sangat menakutkan. Saya amat gementar semasa strim langsung pertama saya, malah saya melakukannya tanpa memakai cermin mata agar saya tidak dapat melihat sebarang komen atau penonton!

“Tetapi pada strim kedua saya, apabila saya mengumpulkan keberanian untuk membaca komen, saya menemui begitu banyak galakan malah ramai yang mendoakan kejayaan saya.

“Orang ramai menggemari reka bentuk produk saya, terutamanya tudung, telekung dan jubah, dan mereka seronok berinteraksi dengan saya. Rupa-rupanya pengalaman strim langsung begitu menyeronokkan!

“Kini, strim secara langsung benar-benar membuat perbezaan yang besar kepada kedai saya. Setiap sesi berupaya menjangkau sehingga 500 orang penonton dan meningkatkan jualan dalam tempoh 1-2 hari selepasnya. Apabila kami mengaktifkan ciri ‘Flash Sale’ (Jualan Kilat), kuantiti pesanan kami mencecah tiga kali ganda jumlah jualan biasa,” ujarnya.


Yakin Dengan Diri Sendiri & Berani Mencuba

Puan Rozita meluahkan rasa kegembiraan kerana akhirnya berjaya mengatasi ketakukannya terhadap teknologi dan membuang segala keraguan bahawa beliau adalah ‘terlalu tua’ untuk mempelajari sesuatu yang baru.

Dan meskipun ini adalah pengalaman yang mencabar, terdapat banyak sumber yang tersedia khususnya dan pasukan di Lazada sememangnya sedia untuk membantu.

Gambar sekadar hiasan.

“Saya bersyukur kerana e-dagang adalah peluang yang terbuka untuk semua, baik muda mahupun tua. Menjual dalam talian melalui platform e-dagang yang mesra penjual memang sesuai untuk usahawan perniagaan mikro dan kecil.

“Kini, penetapan minda saya ialah saya lebih berani mencuba sesuatu yang baru. Jika usaha baharu tidak membuahkan hasil, pasti kita boleh mengambil pembelajaran dan wawasan daripada inisiatif tersebut dan menerapkannya pada masa depan,” kata Puan Rozita.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd