Now Reading
Terinspirasi Oleh Gryffindor, Ravenclaw & Banyak Lagi, Carlo Rino Perkenal Koleksi Edisi Khas Harry Porter!

Terinspirasi Oleh Gryffindor, Ravenclaw & Banyak Lagi, Carlo Rino Perkenal Koleksi Edisi Khas Harry Porter!

Koleksi Edisi Khas Harry Potter oleh Carlo Rino ini dihasilkan dengan penuh teliti bagi menghargai setiap rumah Hogwarts iaitu House of Gryffindor, Ravenclaw, Hufflepuff, dan Slytherin yang ikonik.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Calling for Potterheads!

Koleksi terbaharu yang diperkenalkan oleh Carlo Rino kini menjadi tumpuan ramai dengan wujudnya gabungan elemen magis dalam fesyen. Setiap satu item daripada koleksi ini memberi visual sempurna yang diinspirasikan oleh House of Gryffindor, Ravenclaw, Hufflepuff, dan Slytherin.


Koleksi Beg Yang Bawa ‘Vibes’ Houses of Hogwarts!

Memperkenalkan Harry Potter Small Satchel Backpack, dalam koleksi warna yang menyerlah iaitu kuning, merah, biru gelap dan hijau. Rekaan berlian yang klasik pada penutup beg ini diserikan lagi dengan inisial setiap House Of Hogwarts.

Keistimewaan beg galas serbaguna ini boleh digayakan sebagai beg sandang dan memang sempurna untuk fesyen harian anda.

Melangkah ke dalam dunia fesyen kontemporari dengan Harry Potter Small Shop Tote. Dihiaskan dengan simbol Hogwarts yang penuh prestij, beg tote ini mampu menawan hati selain memberikan aura personaliti yang cukup elegan. Reka bentuk serbaguna ini membolehkan ia dipegang dengan anggun atau dipakai di bahu dengan selesa.


Aksesori Kulit

Tingkatkan gaya aksesori anda dengan Harry Potter Wristlet Short Wallet. Dompet yang praktikal dengan rekaan cukup menawan ini, membolehkan anda membawa keperluan asas dengan sentuhan magis.

Harry Potter Short Wallet Carlo Rino ini turut terdapat dalam pelbagai warna yang terinspirasi oleh House of Gryffindor, Ravenclaw, Hufflepuff, dan Slytherin yang membolehkan anda menggunakan aksesori anggun ini dengan cara anda tersendiri.

Untuk rekod, koleksi Edisi Khas Harry Potter oleh Carlo Rino menjemput para penggemar fesyen dan peminat Harry Potter untuk merasai keajaiban Wizarding World. Setiap item dihasilkan dengan penuh teliti bagi menghargai setiap Houses of Hogwarts, Gryffindor, Ravenclaw, Hufflepuff, dan Slytherin yang ikonik.

Edisi Khas Carlo Rino Harry Potter boleh didapati di www.carlorino.net dan juga di butik Carlo Rino seluruh negara.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd