Now Reading
Marks & Spencer Tampil Dengan Koleksi Tepi Pantai Sempena Musim Panas. Warna Pun Menarik!

Marks & Spencer Tampil Dengan Koleksi Tepi Pantai Sempena Musim Panas. Warna Pun Menarik!

Koleksi Summer Style dari Marks & Spencer boleh didapati di semua cawangan di seluruh negara dan secara atas talian.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Marks & Spencer (M&S) jenama baju Britain terkenal kini memperkenalkan koleksi Summer Style terbaharu mereka khas buat wanita, lelaki, dan kanak-kanak.

Dengan warna merah jambu terang, oren dan biru langit, koleksi Summer Style Marks & Spencer memang sangat sesuai dengan suasana pantai.

Tummy Control Printed Bandeau Swimsuit (kiri) yang superb di mana baju renang ni direka dengan canggih, siap ada inovasi kawalan perut, fabrik tahan lasak, tahan air klorin, serta teknologi Sun Smart UPF 50+ yang memberikan perlindungan terhadap sinaran matahari.

Baju sahaja memang tak lengkaplah penampilan, kan? Leather Flat Sliders penuh bergaya direka bentuk dengan begitu praktikal. Anda juga boleh menggayakannya dengan Straw Chain Underarm Bag sebagai aksesori versatile.


Koleksi Summer Style Marks & Spencer (M&S)

Kalau anda jenis sukakan baju bercorak bunga, koleksi Summer Style ini memang sesuai untuk anda gayakan untuk ke mana-mana.

Kalau nak gaya yang sofistikated, boleh pilih Printed Square Neck Midi Skater Dress dalam warna hitam dan putih. Gabungan monokrom dengan garis leher segi empat dan siluet skater membuatkan gaun ini tampak lebih bergaya betul.

Kalau anda lebih suka suasana romantis, Pure Cotton Printed V-Neck Midaxi Dress dalam warna merah jambu lembut memang pilihan yang tepat. Kombinasi warna merah jambu lembut dan corak bunga buatkan gaun midaxi ini nampak anggun dan cantik. Sesuai untuk pergi parti taman ataupun majlis malam musim panas.

Koleksi Summer Style dari Marks & Spencer boleh didapati di semua cawangan di seluruh negara dan secara atas talian di https://www.marksandspencer.com/my/.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd