Now Reading
Lotus’s Msia Wujudkan #LotussLebihMurah, Harga Murah Tak Masuk Akal Untuk 3,500 Barangan Runcit

Lotus’s Msia Wujudkan #LotussLebihMurah, Harga Murah Tak Masuk Akal Untuk 3,500 Barangan Runcit

#LotussLebihMurah ini diwujudkan oleh pihak Lotus’s Malaysia bagi membuat potongan harga untuk lebih dari 3,500 barangan runcit bagi membantu kos sara hidup rakyat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Bagi membantu belanjawan isi rumah di Malaysia melangkah lebih jauh, Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) melabur RM50 juta untuk membuat potongan harga pada lebih dari 3,500 produk runcit berjenama dan jenama Lotus’s bagi memberikan pelanggan lebih nilai ketika mereka membeli-belah.

Kami memahami bahawa ramai rakyat Malaysia bergelut dengan kenaikan kos sara hidup, dan mencari kestabilan harga dan harga barangan segar dan runcit yang lebih murah. Kami ingin membantu pelanggan dan komuniti kami meningkatkan simpanan, menguruskan belanjawan mereka dengan lebih baik dan mengurangkan kesan inflasi dengan memberi mereka keyakinan bahawa mereka masih dapat membeli produk kesukaan dengan memperkenalkan harga yang rendah setiap hari dengan diskaun purata hingga 37%.

Presiden Lotus’s Malaysia, Kenneth Chuah.

Senarai produk #LotussLebihMurah merangkumi pelbagai barangan kegemaran membeli-belah isi rumah di Malaysia seperti beras, pasta, minyak masak, mi segera, sardin & mackerel tin, perasa, rempah, sos, kopi & teh, minuman kordial & berkarbonat, marjerin, mentega, keju, yoghurt, susu, ais krim, makanan sejuk beku, makanan ringan, biskut, coklat, lampin, pencuci baju, pencuci badan, pencuci pinggan, penjagaan kebersihan wanita, susu formula dan makanan haiwan kesayangan.


Potongan Harga #LotussLebihMurah

Pelanggan dapat menikmati harga yang lebih murah ini ketika mereka berbelanja di kesemua 66 stor Lotus’s, Lotus’s Shop Online dan dengan Lotus’s di Lazada, Shopee, foodpanda dan Grab.

Eksklusif untuk ahli My Lotus’s, mereka dapat berjimat dengan lebih banyak lagi apabila mereka menggunakan mata ganjaran Lotus’s ketika membuat pembayaran. Ahli boleh mengumpulkan mata ganjaran ketika mereka membeli-belah dan menggunakannya untuk membayar barangan runcit, bila-bila masa di stor atau dalam talian. Ini boleh membantu mereka mengurangkan bil runcit mereka.

Pengarah Eksekutif Pelanggan Lotus’s Malaysia, Vivian Yap.

Vivian juga menambah bahawa Lotus’s telah memperkenalkan promosi penurunan harga lain seperti segar dan murah yang menawarkan pilihan produk segar dengan harga lebih rendah dan pembelian dengan pembelian (PWP) pada bulan Jun lalu.

Bagi keluarga yang ingin mencari alternatif lebih murah lagi, Lotus’s Malaysia menawarkan lebih dari 3000 produk jenama Lotus’s di stor dan dalam talian.

Baru-baru ini Lotus’s telah memperkenalkan lapan produk baru untuk dinikmati oleh pelanggan iaitu:

Pada masa yang sama, kesemua 59 medan selera Lotus’s di seluruh negara akan terus menawarkan Menu RAHMAH dengan harga RM5 untuk pelanggan dan keluarga yang mengunjungi stornya.

Selanjutnya, Lotus’s akan segera memperluaskan inisiatif RAHMAH mereka dengan memberikan potongan sebanyak 10% untuk bahan utama kepada pengusaha makanan menawarkan Menu RAHMAH.

Lotus’s juga akan terus memberi manfaat kepada komuniti yang kekurangan sumber dan kurang mendapat manfaat melalui pengedaran Bakul RAHMAH.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd