Now Reading
Lazada Msia Tawar Harga Coklat Serendah RM0.34 Dari Beryl’s Di MYKOKO FEST 2023 Pada 7 Julai Ini

Lazada Msia Tawar Harga Coklat Serendah RM0.34 Dari Beryl’s Di MYKOKO FEST 2023 Pada 7 Julai Ini

Di bawah inisiatif ini, Lazada akan menyokong pendigitalan lebih daripada seratus perniagaan mikro, kecil, dan sederhana (PKS) dalam industri koko sepanjang tahun.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Lazada Malaysia bekerjasama dengan Lembaga Koko Malaysia dalam menyokong MYKOKO FEST 2023 yang akan bermula pada 7 Julai 2023, sempena Hari Coklat Sedunia.

BACA JUGA: Jenama Coklat Callebaut Tampil Perkenal Produk Baharu Iaitu Ruby RB2, NXT Dark & NXT M_lk Di Malaysia

BACA JUGA: Jenama Hershey Di Malaysia Miliki Sijil Halal – JAKIM

MYKOKO FEST 2023 dibangunkan oleh Lembaga Koko Malaysia untuk merangsang dan menterjemahkan industri koko tempatan secara digital sambil meningkatkan kesedaran di kalangan pengguna tempatan dan memudahkan mereka untuk membeli pelbagai jenis coklat berkualiti tinggi dan berpatutan.

Terdapat juga produk gula-gula serta produk makanan serta minuman, penjagaan kulit, dan produk lain berdasarkan koko daripada pelbagai jenama tempatan.

Di bawah inisiatif ini, Lazada akan menyokong pendigitalan lebih daripada seratus perniagaan mikro, kecil, dan sederhana (PKS) dalam industri koko sepanjang tahun.

Setelah mendaftar di Lazada, PKS tempatan akan diberi peluang menjual produk berasaskan koko mereka secara atas talian dan menjangkau lebih ramai pengguna di Malaysia termasuk luar negara.


‘Syurga’ Coklat Di MYKOKO FEST 2023

Peminat coklat boleh menikmati pelbagai hidangan coklat dan gula-gula lazat, semuanya boleh didapati dalam talian di Lazada di MYKOKO FEST 2023.

Ia adalah termasuk jenama tempatan seperti Beryls, Benns Ethicoa, Bino, Cocoaland, Dareo, Grandeur, Lee’s Cocoa, Vico, dan Vochelle. Ada juga jenama local artisanal iaitu Shweets dan Lavasse Malaysia.

Banyak produk makanan dan minuman berdasarkan koko adalah unik kepada Malaysia dengan pelbagai perisa seperti durian dan cempedak, manakala produk bukan makanan dan minuman dan penjagaan kulit berdasarkan koko hadir dengan haruman wangi seperti mentega koko, haruman bunga, dan variasi buah-buahan.

Semasa berlangsungnya kempen ini, pelanggan boleh menikmati diskaun RM5 dengan belanja minimum RM30 untuk produk berasaskan koko tempatan yang dipilih. Tambahan lagi, terdapat tawaran menarik serendah RM0.34 dari Beryl’s dan jenama tempatan lain.

KLIK SINI untuk mengetahui lebih lanjut tentang tawaran menarik yang tersedia di Lazada untuk MYKOKO FEST. Atau anda juga boleh terus layari MYKOKO FEST dan 7.7 Jualan Terhangat.

Jangan lupa juga untuk muat turun aplikasi Lazada dan ikuti Lazada Malaysia di TikTok, IG, FB, Twitter, dan YouTube untuk mendapatkan kemas kini terkini.

via GIPHY


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd