Now Reading
Jenama Hershey Di Malaysia Miliki Sijil Halal – JAKIM

Jenama Hershey Di Malaysia Miliki Sijil Halal – JAKIM

JAKIM mengesahkan produk jenama Hershey turut disahkan halal oleh Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal (BPJPH) Kementerian Agama Republik Indonesia.

hershey malaysia halal

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengesahkan bahawa jenama coklat Hershey yang dikilangkan di Malaysia oleh Hershey Malaysia Sdn. Bhd. memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang masih sah sehingga ke hari ini.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh JAKIM, produk jenama Hershey turut disahkan halal oleh Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal (BPJPH) Kementerian Agama Republik Indonesia.

Untuk rekod, BPJPH merupakan Badan Pensijilan Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM di negara tersebut.

Maklumat lanjut tentang status halal produk itu boleh disemak DI LINK INI.

Semakan sama turut boleh dibuat menerusi PAUTAN INI.

JAKIM memaklumkan bahawa pihaknya mendapati produk Hershey yang tular sejak kebelakangan ini tidak memegang mana-mana pengesahan halal dari badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

Perlu diketahui bahawa pengurusan dan penggunaan bahan mentah adalah berbeza ikut negara, justeru utamakanlah produk yang memiliki SPHM atau pengesahan halal dari mana-mana badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf Jakim.

JAKIM.

Jika anda ingin mengetahui senarai badan-badan pensijilan atau logo-logo halal luar negara, boleh KLIK SINI.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd