Now Reading
De Lettuce B.E.A.R Perkenal Salad Bio-fortified Selenium Pertama Di Asia Tenggara

De Lettuce B.E.A.R Perkenal Salad Bio-fortified Selenium Pertama Di Asia Tenggara

De Lettuce B.E.A.R merupakan perkhidmatan agri-biotechnology pertama di Malaysia yang memperkenalkan bio-fortifikasi selenium dalam sayur-sayuran.

De Lettuce B.E.A.R

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Korang teringin tak nak naikkan lagi ‘game’ pengambilan pemakanan sihat ke tahap seterusnya? Mana tidaknya, hari-hari kita akan mengambil pemakanan yang kurang sihat dan tidak berapa seimbang. Asal makan je, sudah memadai.

Tapi sebenarnya korang tak boleh ambil enteng soal pengambilan makanan harian!

Kalau boleh, perbanyakkan pengambilan sayur-sayuran hijau. Tapi jangan terlalu banyak pula. Kena seimbang, orang kata.


De Lettuce B.E.A.R: Pakar Penanaman Salad Secara Vertikal Perkenal Salad Bio-fortified Selenium Pertama di Asia Tenggara

Berita baik untuk korang yang mungkin ingin mencuba untuk mengambil pemakanan lebih sihat dan seimbang untuk kesihatan yang baik secara berpanjangan, De Lettuce B.E.A.R iaitu pakar penanaman daun salad secara vertikal di dalam bangunan dan hidroponik kini memperkenalkan salad Bio-fortified Selenium pertama di Asia Tenggara.

De Lettuce B.E.A.R, perkhidmatan agri-biotechnology pertama di Malaysia yang memperkenalkan bio-fortifikasi selenium dalam sayur-sayuran bertujuan untuk memberikan pilihan lebih sihat dalam sayur-sayuran hijau yang memberi lebih banyak nutrien dan faedah kesihatan kepada pengguna Malaysia.

Misi kami di De Lettuce B.E.A.R adalah untuk menyediakan produk yang paling bernutrisi dan sihat kepada pelanggan kami. Dengan memperkenalkan salad Bio-fortified selenium ke Malaysia, kami tidak hanya menyampaikan produk yang mengubah permainan dalam pemakanan sayur-sayuran, tetapi juga membantu mengatasi kekurangan mikronutrien penting ini dalam diet kita yang meluas.

JiaZhuang Chin, CEO De Lettuce B.E.A.R.

Kekurangan Pengambilan Selenium

Untuk pengetahuan korang, secara global kekurangan selenium menjadi masalah yang semakin berkembang, dengan anggaran menunjukkan lebih daripada 1 bilion orang di seluruh dunia mengalami pengambilan selenium yang tidak mencukupi.

Ini menjadi kebimbangan kerana ia boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan termasuk risiko yang lebih tinggi untuk menghidap kanser, penyakit jantung, dan penyakit kronik lain.

Bio-fortifikasi selenium adalah strategi yang berkesan untuk meningkatkan kandungan selenium dalam tanaman dan dengan itu meningkatkan kesihatan manusia.

Dengan ini, kami ingin mencipta strategi terbaik untuk membangunkan sayur-sayuran yang boleh mengatasi kekurangan nutrien ini secara paling lestari dan organik. Oleh itu, kaedah penanaman unik dan ideal kami yang menggunakan sistem penanaman vertikal di dalam bangunan dan hidroponik telah dibangunkan. Kami mengawal faktor-faktor seperti cahaya, suhu, kadar aliran air, suhu air, dan kepekatan nutrien dengan teliti untuk memberikan pertumbuhan salad yang optimum dan hasil yang mengandungi nutrien yang tinggi – terutamanya selenium.

JiaZhuang Chin, CEO De Lettuce B.E.A.R.

Kebaikan Selenium Dalam Tubuh Manusia

Dengan tanaman De Lettuce B.E.A.R yang kaya dengan selenium melalui teknik hidroponik, produk ini mengandungi 10 kali ganda selenium berbanding sayur-sayuran biasa, memastikan badan manusia dapat menyerap peratusan nutrien lebih tinggi.

Salad Bio-fortified selenium ini bertujuan untuk:

  • menurunkan tahap kolesterol
  • meningkatkan penglihatan
  • mengurangkan keradangan
  • meningkatkan kualiti tidur
  • melambatkan penuaan
  • meningkatkan metabolisme
  • menurunkan tekanan darah
  • menguatkan tulang
  • meningkatkan sistem imun
  • mencegah penyakit Alzheimer
  • mencegah kanser
  • mengurangkan kebimbangan
  • menghidrasi badan
  • membantu dalam penurunan berat badan

Produk De Lettuce B.E.A.R

Secara khusus, De Lettuce B.E.A.R menawarkan pelbagai produk seperti:

  • Salad Coral Hijau
  • Salad Coral Campuran
  • Salad Butterhead Hijau
  • Salad Butterhead Campuran
  • Salad Romaine
  • Salad Romaine Baby
  • Pakej Salad Mix yang siap dimakan dengan Sos Salad Caesar dan Salad Bijan Panggang.

Produk De Lettuce B.E.A.R juga semulajadi dan bebas daripada racun serangga dan herba, menjadikannya selamat untuk dikonsumsi. Melalui teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam penanaman vertikal di dalam bangunan, salad-salad ini ditanam dalam persekitaran terkawal dan dipetik dalam masa hanya 39 hari, menjadikannya berkesan dan mesra alam.


MoU Antara De Lettuce B.E.A.R & Universiti Kasetsart, Thailand

Pelancaran jenama dan acara perkenalan rangkaian produk yang diadakan baru-baru ini juga menyaksikan penandatangan Memorandum Persefahaman (MoU) antara De Lettuce B.E.A.R dan Universiti Kasetsart Thailand iaitu universiti pertanian pertama di Thailand.

Kerjasama ini akan melibatkan kedua-dua pihak untuk memperluas pengetahuan dan kepakaran dalam bidang inovasi pertanian.

Kami bersemangat untuk berkongsi pengetahuan kami dan pada masa yang sama belajar dari Universiti Kasetsart, sambil bekerja bersama untuk mendorong inovasi dan menyampaikan produk berkualiti tinggi yang dapat membantu warga kedua negara ini makan dan hidup lebih sihat

JiaZhuang Chin, CEO De Lettuce B.E.A.R.

De Lettuce B.E.A.R Boleh Dibeli Di Pasar Raya Terpilih

Sayuran yang kaya dengan nutrien ini kini boleh didapati di pasar raya terpilih di Lembah Klang, termasuk HeroMarket dan NSK Grocer. De Lettuce B.E.A.R juga merancang untuk memperluas pasaran dan bertujuan bagi mencapai 100 kedai menjelang akhir 2023.

Untuk maklumat lanjut, KLIK SINI.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd