Now Reading
Lotus’s Malaysia Anjur Inisiatif NaSIC ’23 Untuk Perkukuh Komitmen Terhadap Isu Kelestarian

Lotus’s Malaysia Anjur Inisiatif NaSIC ’23 Untuk Perkukuh Komitmen Terhadap Isu Kelestarian

NaSIC’23 adalah platform yang memberi laluan kepada para pelajar di seluruh Malaysia berumur 16 hingga 19 tahun untuk berkongsi idea penyelesaian lestari bagi mengurang, mengitar semula dan menggantikan plastik sekali guna dalam pasar raya Lotus’s.

lotus's malaysia

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Umum sedia maklum, Lotus’s Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) telah menghentikan pemberian beg plastik sekali guna di kesemua kaunter pembayarannya sejak Julai 2021.

Usaha ini telah berjaya mengelakkan pembuangan beg plastik sejumlah 26 juta di tapak pelupusan sampah dan di lautan.

Hari ini peruncit tersebut bersama Institut Teknologi Antarabangsa Malaysia-Jepun (MJIIT), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kuala Lumpur menganjurkan satu inisiatif terbaharu iaitu National Sustainability Innovation Challenge 2023 (NaSIC’23) bertujuan menangani subjek ‘circularity’ dalam landskap peruncitan.

Lotus’s Malaysia merupakan peruncit pertama untuk menganjur cabaran seperti ini melalui kerjasama di antara pihak awam dan swasta. Ini selanjutnya mengukuhkan lagi komitmen Lotus’s Malaysia terhadap isu kelestarian.

Pelancaran NaSIC ’23 telah disempurnakan secara maya hari ini oleh Yang Berhormat Puan Yeo Bee Yin, ahli Parlimen (Puchong), Yang Berhormat Puan Jamaliah Jamluddin, ahli Dewan Negeri Selangor (Bandar Utama) diiringi oleh Profesor Ts. Dr Ali Bin Selamat, Dekan MJIIT, UTM Kuala Lumpur, Profesor Ts. Dr Abd Latif Bin Saleh, Pro-Naib Canselor UTM Kuala Lumpur dan Azliza Azmel, Pengarah Eksekutif Khidmat Korporat Lotus’s Malaysia.


NaSIC’23

NaSIC’23 merupakan satu platform yang memberi laluan kepada para pelajar dari sekolah-sekolah di seluruh Malaysia yang berumur 16 hingga 19 tahun untuk berkongsi idea penyelesaian lestari bagi mengurang, mengitar semula dan menggantikan plastik sekali guna dalam pasar raya Lotus’s.

Sebanyak 130 pasukan dari 77 buah sekolah telah mendaftar dalam pertandingan ini sejak ianya diumumkan pada 12 April 2023.

Pada pelancaran hari ini, 50 pasukan telah terpilih dan layak untuk masuk ke dalam pusingan separuh akhir, di mana mereka akan kemudiannya bersaing untuk merebut peluang ke peringkat akhir yang bakal diadakan pada 22 Julai 2023 di Lotus’s Selayang.

Kami amat teruja kerana MJIIT-UTM telah memilih Lotus’s Malaysia sebagai rakan kongsi mereka untuk NaSIC’23, dan saya tidak sabar untuk mendengar cadangan serta idea-idea yang akan dikongsikan oleh para pelajar untuk membawa perspektif baharu dan penyelesaian lestari yang boleh diadaptasikan ke dalam operasi perniagaan kami. Inisiatif seperti ini merupakan salah satu cara untuk kelestarian diterapkan dalam semua aspek pendidikan dan boleh memberi anak-anak muda di Malaysia rasa diperkasakan untuk mewujudkan masa depan yang mampan.

Azliza Azmel, Pengarah Eksekutif Khidmat Korporat Lotus’s Malaysia.

Sepanjang bulan Mei dan Jun, seramai 150 pelajar daripada 50 pasukan akan menghadiri beberapa siri bengkel susulan yang dibimbing dan difasilitasi oleh pakar-pakar dari MJIIT-UTM.

Para peserta akan melontarkan idea-idea inovatif mereka secara maya melalui platform Webex pada hari Sabtu, 17 Jun 2023 untuk penempatan pada peringkat akhir.

Pertandingan ini direka untuk merangkumi proses penyelesaian masalah secara keseluruhan bagi menghasilkan idea yang inovatif dan untuk membantu pelajar-pelajar membina kemahiran insanian mereka. Kesemua fasilitasi yang akan dijalankan dalam siri bengkel susulan telah dibangunkan berdasarkan rangka kerja pemikiran dan model pitching Need, Approach, Benefits and Competition (NABC). Ini membantu para pelajar untuk mengenalpasti jalan penyelesaian dan cara untuk berkomunikasi dengan berkesan. Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi, UTM memainkan peranan yang amat penting untuk meningkatkan kesedaran, mendidik dan menyediakan generasi seterusnya untuk menangani cabaran sebenar yang dialami oleh syarikat peruncitan seperti Lotus’s Malaysia.

Profesor Ts. Dr. Ali Selamat, Dekan MJIIT-UTM.

Idea dan cadangan yang terpilih untuk mengurang, mengitar semula dan menggantikan plastik sekali guna akan menerima hadiah bernilai lebih dari RM2,500.

MJIIT-UTM juga mempunyai pelan untuk membangunkan idea tersebut supaya sesuai diguna pakai dalam operasi Lotus’s Malaysia dan industri peruncitan secara keseluruhan.

Untuk maklumat lanjut tentang NaSIC ’23, boleh KLIK SINI.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd