Now Reading
“Red Meets Pink” – airasia Superapp & foodpanda Berkolaborasi, Tawar Servis Lebih Baik

“Red Meets Pink” – airasia Superapp & foodpanda Berkolaborasi, Tawar Servis Lebih Baik

Kerjasama yang belum pernah berlaku sebelum ini antara platform terkemuka Malaysia, menggabungkan kekuatan masing-masing untuk menawarkan nilai & kemudahan yang lebih baik.

airasia superapp foodpanda

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


“Red Meets Pink”

Bunyi macam menarik, bukan?

Untuk pengetahuan umum, hari ini (12 Mei), airasia Superapp dan foodpanda telah mengumumkan kerjasama inovatif menggabungkan kekuatan kedua-dua platform bagi menawarkan nilai lebih baik dan kemudahan untuk pengguna di Asean dan seterusnya.

Kerjasama strategik ini membolehkan kedua-dua platform tersebut memanfaatkan kekuatan masing-masing, di mana perkhidmatan e-hailing airasia Superapp, airasia ride boleh didapati di aplikasi foodpanda (*kini hanya terdapat di kawasan terpilih di Lembah Klang. Akan diperluaskan ke lebih banyak kawasan secara beransur-ansur).

Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Jakob Angele, Ketua Pegawai Eksekutif foodpanda bersama ahli-ahli pengurusan dari airasia Superapp dan foodpanda yang lain di pengumuman kerjasama hari ini.

Manakala, foodpanda yang merupakan perkhidmatan penghantaran barangan runcit dan makanan atas permintaan terbesar di Asia tidak termasuk China akan memperkasakan perkhidmatan penghantaran makanan aplikasi pengembaraan super yang menghubungkan jutaan pengguna airasia Superapp kepada rangkaian meluas foodpanda terdiri daripada lebih 100,000 peniaga dan beribu-ribu rakan kongsi penghantaran.

Dengan ini, penawaran makanan airasia Superapp akan bergerak ke arah model tempahan di tempat makan.

Kami sangat memberikan tumpuan untuk memenuhi visi aplikasi super pengembaraan kami, dan kami gembira kerana telah menemui sinergi positif dengan rakan kongsi penghantaran yang kukuh sambil kami beralih kepada model tempahan di tempat makan. Kerjasama platform ini akan membolehkan kami untuk memanfaatkan kekuatan satu sama lain iaitu kehebatan penghantaran makanan dan barangan runcit foodpanda dan perkhidmatan pengangkutan kami yang disokong oleh ekosistem aplikasi super pengembaraan yang lengkap, yang merupakan keperluan untuk pengembara dan pengguna harian kedua-dua aplikasi tersebut. Terdapat begitu banyak potensi yang mana kedua-dua airasia Superapp dan foodpanda boleh meneroka lebih mendalam bersama-sama, seperti penyelesaian pembayaran melalui BigPay, program kesetiaan bersama dengan airasia rewards, dan juga potensi dalam pelan langganan kedua-dua pihak serta banyak lagi. Kami gembira untuk memulakan kerjasama yang melibatkan perkhidmatan pengangkutan e-hailing dan juga penghantaran makanan kami di Malaysia pada hari ini.

Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A.

Dalam pada itu, Jakob Angele selaku Ketua Pegawai Eksekutif foodpanda turut memaklumkan bahawa peluang membawa dua jenama terkemuka di Malaysia ini cukup bermakna di mana kedua-dua pihak berjaya mencipta perkhidmatan hebat iaitu pelanggan di Malaysia dan menjadikannya sebahagian daripada gaya hidup mereka.

Selain itu, kerjasama ini juga merupakan kerjasama yang selari dengan matlamat kedua-dua pihak iaitu bersama-sama memberikan nilai lebih hebat, kepelbagaian dan kemudahan kepada semua pelanggan.

Jakob Angele selaku Ketua Pegawai Eksekutif foodpanda

Bersempena dengan kerjasama ini, pelanggan airasia Superapp dan foodpanda boleh menikmati tawaran perkhidmatan e-hailing dan penghantaran makanan yang eksklusif.

Lawati aplikasi foodpanda dan airasia Superapp untuk maklumat lanjut.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd