Now Reading
[Ekslusif] Co-Pilot AirAsia X Kongsi Berpuasa Sambil Bekerja Ajar Untuk Lebih Bersabar & Teliti

[Ekslusif] Co-Pilot AirAsia X Kongsi Berpuasa Sambil Bekerja Ajar Untuk Lebih Bersabar & Teliti

Deena tidak merasa tugasnya menjadi terbatas disebabkan berpuasa kerana beliau percaya ianya bermula dari mindset atau pemikiran kita sendiri, begitu juga dengan sikap profesionalisme yang telah diterap dalam dirinya.

pilot airasia

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pekerjaan sebagai seorang juruterbang sememangnya bukanlah sesuatu pekerjaan yang mudah meskipun ramai di antara pelajar dan golongan muda di luar sana bercita-cita untuk menjadi seorang ‘pilot’.

Dan anda mungkin perlu mengetahui lebih lanjut tentang kelayakan, tempoh, serta keperluan untuk latihan/program yang perlu diikuti sebelum bergelar seorang juruterbang di Malaysia.

Tahukah anda bahawa AirAsia, salah satu syarikat penerbangan tambang rendah terbesar di Asia serta beberapa syarikat penerbangan lain mempunyai permintaan tinggi untuk juruterbang tetapi hanya mempunyai bilangan sekolah penerbangan yang terhad?

airasia

Namun, apa yang bagusnya tentang Malaysia adalah negara ini memiliki Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah atau Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang turut menyediakan bantuan kewangan untuk Latihan Juruterbang di beberapa sekolah penerbangan terpilih di dalam negara buat Warganegara Malaysia.

Tapi jangan bimbang, jangan ‘matikan’ impian anda di situ sahaja. Masih ada sinar untuk anda mencapai cita-cita menjadi seorang pilot.


[Ekslusif] TRP Temu Bual Pembantu Juruterbang AirAsia X

Baru-baru ini, TRP berpeluang untuk menemubual seorang Pembantu Juruterbang AirAsia X (Senior First Officer) iaitu Deena Saud Bawazier bagi bertanyakan lebih lanjut tentang pekerjaannya sebagai seorang juruterbang.

Tujuan temubual ini dilakukan adalah bagi memberikan inspirasi kepada anak muda muda di luar sana untuk tidak mudah berputus asa dalam merealisasikan impian dan hasrat menjadi seorang pilot, terutamanya golongan wanita.

Pembantu Juruterbang AirAsia X (Senior First Officer), Deena Saud Bawazier.

1. Seperti yang kita tahu, bidang penerbangan majoritinya didominasi oleh golongan lelaki. Apakah yang membuatkan anda berminat dalam bidang ini? 

Setiap tahun berganti, saya mendapati semakin ramai pelatih juruterbang wanita yang menyertai bidang penerbangan ini. Begitu juga peratusan bagi juruterbang wanita yang semakin tambah setiap tahun.

Ianya adalah perkembangan yang baik buat industri penerbangan ini yang mana semakin ramai wanita terbuka dan mengambil peluang menceburinya. 

Bagi saya, selain dari minat, ianya adalah diri sendiri yang ingin mencuba satu bidang berbeza dan suasana kerja yang menarik serta pengalaman yang berbeza setiap kali bekerja apabila terbang ke destinasi yang berbeza. 

2. Pada pendapat anda, adakah pencapaian Kapten Norashikin sebagai juruterbang wanita pertama di Malaysia telah menjadi inspirasi kepada wanita-wanita di luar sana untuk berani menerokai bidang ini? 

Saya berpendapat apa juga bidang yang kita ceburi, pasti akan ada inspirasi atau contoh tauladan yang kita harus letakkan sebagai standard kayu ukur bagi diri kita untuk kita tahu sejauh mana kita berada di sesuatu kerjaya bidang itu. 

Pastinya pencapaian dari Kapten Norashikin memberi inspirasi kepada juruterbang wanita kerana untuk menjadi pioneer atau perintis dalam bidang ini pasti memerlukan kekuatan dari segi mental dan fizikal dari awal latihan penerbangan sehingga terus kekal sehingga kini.

Saya menghargai peluang dapat dijadualkan terbang bersama Kapten Norashikin dan ianya pengalaman yang manis. Saya merasa bangga tentunya dengan kejayaan Kapten Norashikin. Saya berharap ianya juga memberi inspirasi buat para juruterbang wanita di luar sana.

3. Apakah sedikit petua dan dorongan yang anda boleh berikan untuk para wanita di luar sana yang berminat untuk menyambung kerjayanya dalam bidang penerbangan? 

Buat pada wanita di luar sana yang berminat penyambung kerjaya penerbangan ini, kata-kata yang saya dapat berikan adalah agar sentiasa cekal dan tabah, berfikiran positif, tegas dalam setiap keputusan yang diambil, mengambil setiap peluang dan ruang yang diberikan dengan baik.

Ianya suatu bidang kerja yang pasti memberi pengalaman yang mengujakan.

Pembantu Juruterbang AirAsia X (Senior First Officer), Deena Saud Bawazier.

Berpuasa Sambil Bekerja Di Bulan Ramadan

4. Apakah perkara-perkara yang membuatkan penerbangan pada bulan Ramadan ini lain daripada bulan-bulan biasa?

Penerbangan pada bulan Ramadan dan bulan-bulan lain adalah sama. Yang membezakan adalah kita berpuasa. Bagaimanapun, berpuasa tidak menghalang kami daripada menjalankan tugas dan tanggungjawab seperti biasa dan dengan sebaik-baiknya.

Pembantu Juruterbang AirAsia X (Senior First Officer), Deena Saud Bawazier.

Malahan berpuasa di bulan Ramadan mengajar kami untuk menjadi lebih teliti, bersabar dan tidak tergesa gesa untuk memastikan keselamatan di tahap yang terbaik.

Setiap penerbangan dilakukan sama ada di dalam bulan Ramadan dan juga bulan lain adalah sama. Tiada prosedur khas buat para juruterbang ini kerana kapal harus dikendalikan pada standard yang telah ditetapkan setiap kali menerbangkannya.

Deena juga menjelaskan beliau tidak merasa tugasnya menjadi terbatas disebabkan berpuasa kerana beliau percaya ianya bermula dari mindset atau pemikiran kita sendiri, begitu juga dengan sikap profesionalisme yang telah diterap dalam dirinya.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd