Now Reading
PayNet Taja Penyertaan Atlet Triatlon Di Ironman Hawaii Untuk Sokong Penglibatan Wanita Dalam Sukan

PayNet Taja Penyertaan Atlet Triatlon Di Ironman Hawaii Untuk Sokong Penglibatan Wanita Dalam Sukan

Sebelum ini, PayNet telah menaja tiga atlet triatlon wanita iaitu Noor Zakira Binti Zulrimi, 31, Serena Yang Chen Yin, 30, dan Teoh Sue Ling, 43 untuk bersaing dalam IRONMAN Malaysia 2022 dan IRONMAN 7.0 Langkawi pada 5 November 2022.

paynet ironman hawaii

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) mengumumkan syarikat ini akan terus menaja seorang atlet triatlon wanita cemerlang untuk menyertai pertandingan antarabangsa IRONMAN pada bulan Oktober.

Ia adalah seiring dengan usaha PayNet dalam menyokong penglibatan wanita Malaysia dalam bidang sukan.

Tajaan ini juga menunjukkan komitmen kukuh PayNet terhadap kesaksamaan gender dalam bidang sukan dan menonjolkan penekanan PayNet terhadap pemasaran yang terangkum.

Sebelum ini, PayNet telah menaja tiga atlet triatlon wanita iaitu Noor Zakira Binti Zulrimi, 31 tahun, Serena Yang Chen Yin, 30 tahun, dan Teoh Sue Ling, 43 tahun untuk bersaing dalam IRONMAN Malaysia 2022 dan IRONMAN 7.0 Langkawi pada 5 November 2022.

Walau bagaimanapun, hanya Noor Zakira yang berjaya melayakkan diri untuk bertanding di Kejohanan Dunia IRONMAN di Kona, Hawaii pada 14 Oktober 2023.

Tajaan PayNet adalah dalam bentuk kit pakaian sukan lengkap berjenama ‘DuitNow’ dan pembiayaan sebahagian daripada perbelanjaan untuk bersaing dalam perlumbaan di Hawaii.

Semua ini diharapkan dapat membantu Noor Zakira memberikan tumpuan penuh untuk membuat persiapan fizikal dan mental untuk mencapai prestasi optimum.

Di PayNet, kami telah memulakan usaha untuk mencapai kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman (‘DEI’) sejak tahun lepas. Kesaksamaan jantina menjadi keutamaan kami dan menjangkaui matlamat DEI dalaman kami untuk turut meliputi penjenamaan korporat dan produk serta penajaan. Kami berbesar hati kerana diberi peluang menaja wanita-wanita luar biasa ini. Sesungguhnya pencapaian mereka adalah sejajar dengan nilai-nilai jenama kami yang merangkumi keberanian, keyakinan dan kecekalan. Matlamat ini juga termasuk memberikan peluang saksama dalam bidang sukan. PayNet berharap untuk melakukan sesuatu yang bermakna untuk meningkatkan profil pertandingan yang sangat mencabar ini sebagai inspirasi kepada lebih ramai wanita untuk menjadi atlet triatlon.

Khairuan Abdul Rahman, Pengarah Kanan, Bahagian Komersial di PayNet.

Pilih Triatlon Kerana Ia Berkait Dengan Nilai Korporat PayNet

PayNet, penyedia infrastruktur pembayaran runcit negara, mengendalikan kemudahan pembayaran digital seperti DuitNow, DuitNow QR, MyDebit dan JomPAY, memilih sukan triatlon kerana ia berkait rapat dengan nilai-nilai korporat PayNet.

Sukan ini memberi manfaat yang besar kerana ia menguji keupayaan individu untuk mengatasi cabaran dan mencapai potensi penuh mereka.

Berdasarkan strategi DEI syarikat untuk membina masa depan yang lebih inklusif, PayNet bercadang untuk terus menaja acara sukan ini untuk membantu mengatasi sekatan penyertaan dan membolehkan sesiapa sahaja menceburi aktiviti yang diminati dan mencapai impian mereka.


IRONMAN

Untuk rekod, IRONMAN adalah pertandingan sukan yang menguji daya tahan individu. Mula menjadi acara tahunan sejak 1978, ia melibatkan larian jarak jauh, berbasikal dan berenang.

Pertandingan ini mempunyai litar, jarak, cabaran dan peraturan yang sama untuk peserta lelaki dan wanita. Wanita mula menyertai pada tahun 1979 dan bilangan peserta wanita terus meningkat sejak itu.

Pada tahun ini, bilangan peserta wanita telah mencapai tahap di mana satu hari khas telah diperuntukkan pada Kejohanan Dunia IRONMAN VinFast 2024 dan juga bagi acara di Hawaii.

Tajaan oleh PayNet ini sesungguhnya mengiktiraf triatlet wanita seperti kami dan membantu menjadikan persaingan dalam perlumbaan ketahanan lebih mudah. Jenama DuitNow PayNet terkenal di negara ini kerana kemudahannya yang pantas, konsisten dan berdaya tahan. Saya rasa ciri-ciri ini juga diperlukan dalam acara seperti triatlon jarak jauh.

Khairuan Abdul Rahman, Pengarah Kanan, Bahagian Komersial di PayNet.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd