Now Reading
Nestle Anjur Cabaran 30 Hari NESTLÉ OMEGA PLUS Untuk Kawal Paras Kolestrol

Nestle Anjur Cabaran 30 Hari NESTLÉ OMEGA PLUS Untuk Kawal Paras Kolestrol

Para peserta akan mendapat kit-permulaan 5 hari yang percuma, serta sokongan daripada jurulatih kesihatan profesional melalui Aplikasi BookDoc bagi membantu perjalanan 30 hari ke arah paras kolesterol lebih sihat.

NESTLÉ OMEGA PLUS

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kesihatan diri seharusnya diberikan perhatian yang lebih kerana sejak kebelakangan ini penyakit boleh menyerang seseorang itu tanpa mengira usia. Mana tidaknya, makanan-makanan yang ‘viral’ ketika ini sememangnya mengandungi gula tinggi meskipun ia dilihat lazat untuk dinikmati.

Dalam erti kata mudah, rakyat Malaysia lebih cenderung untuk mencuba kesemua jenis makanan tanpa mengira apakah penyakit yang boleh dihidapi jikalau diambil secara berlebihan.

Ini kerana masih ramai rakyat Malaysia di luar sana yang tidak cakna akan bahaya kolesterol tinggi merupakan faktor risiko utama penyakit jantung.

Malah, pada masa ini, empat daripada sepuluh rakyat Malaysia dewasa mempunyai kolesterol tinggi dan hampir separuh daripada mereka berumur bawah 40 tahun.

Lebih membimbangkan lagi, hanya satu daripada empat yang menyedari status kolesterol tinggi mereka!


30 Hari Untuk Merendahkan Paras Kolestrol

Perhatian buat rakyat Malaysia di luar sana yang berkemungkinan mempunyai kolestrol tinggi dan tidak menyedarinya, anda boleh cuba untuk mengambil bahagian dalam Cabaran 30 Hari NESTLÉ OMEGA PLUS.

Ia bertujuan untuk merendahkan paras kolestrol dalam badan serta menjaga kesihatan jantung.

Dan untuk pengetahuan anda, tahun ini NESTLÉ OMEGA PLUS akan bekerjasama dengan BookDoc sebagai kesinambungan misinya untuk mendidik dan membangkitkan semangat rakyat Malaysia agar proaktif dalam menjaga kesihatan jantung mereka.

BACA JUGA: Ini Kesan & Risiko Penyakit Jantung Kardiovaskular Yang Perlu Anda Tahu


Beli Produk NESTLÉ OMEGA PLUS Untuk Dapat 1 Ujian Profil Lipid BP Healthcare Secara PERCUMA

Bermula dari sekarang sehingga 30 Jun ini, anda hanya perlu membeli produk NESTLÉ OMEGA PLUS bernilai sekurang-kurangnya RM20 untuk layak menyertai cabaran ini.

Kemudian, para peserta akan mendapat satu ujian profil lipid BP Healthcare secara percuma. Tambahan pula, buat mereka yang didapati mempunyai kolesterol low-density lipoprotein (LDL) tinggi atau berisiko akan layak memulakan perjalanan 30 hari mereka dengan NESTLÉ OMEGA PLUS.

Sebagai sebahagian daripada cabaran itu, para peserta turut akan mendapat kit-permulaan 5 hari yang percuma, serta sokongan daripada jurulatih kesihatan profesional melalui Aplikasi BookDoc bagi membantu perjalanan 30 hari ke arah paras kolesterol lebih sihat.


Bagaimana Caranya?

Penyertaan mudah sahaja!

Dalam tempoh 30 hari ini, anda hanya perlu mengambil dua hidangan NESTLÉ OMEGA PLUS setiap hari untuk membekalkan jantung anda dengan 1.2g sterol tumbuhan ActiCol yang dibuktikan secara saintifik dapat merendahkan paras kolesterol**.

Paras kolesterol rendah dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.

Pastikan anda merekodkan pengambilan NESTLÉ OMEGA PLUS anda dalam Aplikasi BookDoc dengan memuat naik foto setiap kali. Peserta yang berjaya mengurangkan paras LDL dalam tempoh cabaran layak memenangi hadiah lumayan, termasuk percutian domestik bernilai RM5,000 atau kad baucar sukan bernilai RM500.


Cabaran 30 Hari NESTLÉ OMEGA PLUS Adalah Inisiatif Gaya Hidup Sihat!

Sebagai penyokong teguh kesihatan jantung di Malaysia selama lebih 20 tahun, NESTLÉ OMEGA PLUS percaya perjalanan ke arah kesihatan jantung lebih baik bermula dengan kesedaran terhadap faktor-faktor yang mempengaruhinya, termasuk kolesterol tinggi.

Cabaran 30 Hari NESTLÉ OMEGA PLUS merupakan antara inisiatif untuk membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia, termasuk diet seimbang serta senaman tetap, disertai dengan dua hidangan NESTLÉ OMEGA PLUS setiap hari.

Kami sangat teruja untuk meneruskan Cabaran 30 Hari dan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mengutamakan kesihatan jantung mereka. Kami berharap lebih ramai rakyat Malaysia akan menyertai kami dalam perjalanan ini dan meraih manfaat daripada pengurangan paras kolesterol. Cabaran 30 Hari ini terus memotivasikan dan mendidik rakyat Malaysia agar lebih proaktif dalam menjaga kesihatan jantung mereka dan kami yakin tahun ini, ramai lagi rakyat Malaysia akan menyahut cabaran ini.

Kenny Wong, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Tenusu dan Nutrisi Dewasa di Nestlé Malaysia.

Mulakan perjalanan anda ke jantung lebih sihat hari ini! Untuk maklumat lanjut dan menyertai Cabaran 30 Hari NESTLÉ OMEGA PLUS, boleh KLIK SINI.

BACA JUGA: Kerap Bersenam, Banyak Minum Air & 7 Lagi Tips Sihat Untuk Kurangkan Gula Dalam Darah

BACA JUGA: Air Kencing Berbuih? Mungkin Ini Tiga Petanda Masalah Kesihatan Pada Badan Anda


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd