LAC Malaysia Perkenal Multivitamin & Probiotik Premium Khusus Buat Lelaki Serta Wanita
Selain multivitamin, probiotik juga penting bagi mengekalkan kesihatan usus yang dirujuk sebagai otak kedua oleh pakar kesihatan kerana hubungannya dengan setiap sistem saraf pusat, iaitu otak.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
LAC Malaysia, jenama terkemuka dalam industri kesihatan memperkenalkan semula multivitamin Men’s Mega Multi dan Women’s Mega Multi yang diperbuat khusus untuk kaum lelaki dan wanita.
Pengenalan sempena Hari Kesihatan Sedunia ini bertujuan memberi penekanan kepada kepentingan penjagaan diri untuk kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan.

(Sumber: Siti Murni/TRP)
Di samping multivitamin, LAC juga memperkenalkan Probiotic Complex buat golongan dewasa dan Probiotic Gummies untuk kanak-kanak yang sedang membesar untuk menjaga kesihatan usus.

Ramai yang bersetuju bahawa kesihatan yang baik bermula dengan diet seimbang dan senaman yang teratur. Bagaimanapun, disebabkan gaya hidup yang mencabar, bukan mudah untuk mengekalkan rutin yang sihat walaupun ia disertakan dengan niat yang baik untuk menjaga kesihatan. Sebenarnya, pakar-pakar kesihatan mendapati bahawa 1 daripada 3 rakyat Malaysia mengalami ‘kelaparan tersembunyi’, istilah yang digunakan untuk menggambarkan kekurangan vitamin dan mineral yang disebabkan oleh kurangnya nutrien dalam diet. Dalam keadaan sebegini, makanan tambahan seperti multivitamin dapat membantu menampung kekurangan nutrien tersebut.
Patrick Fam, Pengurus Besar LAC Malaysia.
Probiotik Penting Untuk Kesihatan Usus
Selain multivitamin, probiotik juga penting bagi mengekalkan kesihatan usus yang dirujuk sebagai otak kedua oleh pakar kesihatan kerana hubungannya dengan setiap sistem saraf pusat, iaitu otak.
Di LAC, kami percaya bahawa setiap individu sewajarnya mendapat suplemen berkualiti tinggi untuk membantu mereka mencapai matlamat kesihatan mereka, oleh itu kami komited untuk menyediakan ramuan terbaik yang diperolehi daripada pembekal yang diyakini, dan produk-produk kami menjalani ujian yang teliti supaya dapat memenuhi, malahan dapat melangkaui standard industri.
Patrick Fam, Pengurus Besar LAC Malaysia.
Perlu ditekankan bahawa semua produk LAC adalah berdaftar dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), di bawah Kementerian Kesihatan. Ia juga boleh didapati di lebih 65 cawangan runcit di Malaysia.
Untuk maklumat lanjut tentang produk LAC, anda boleh KLIK SINI.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.