Now Reading
Setiap Tahun Tonton Di Kaca TV, Siapa Sebenarnya Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Ini?

Setiap Tahun Tonton Di Kaca TV, Siapa Sebenarnya Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Ini?

Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dilantik sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada Januari 2011 dan berkhidmat sehingga ke hari ini.

Setiap Tahun Tengok Di TV, Siapa Sebenar Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Ini_

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Setiap kali menjelang bulan Ramadan dan juga Hari Raya Aidilfitri, mesti ramai yang teruja untuk melihat pengumuman yang bakal diisytiharkan secara ‘live’ di televisyen.

Paling tak boleh dilupakan adalah peristiwa ‘raya mengejut’ pada tahun lalu. Memang semua kelam kabut buat persiapan untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri pada malam tersebut.

Sebelum kejutan itu berlaku, individu yang paling dinanti-nantikan sudah semestinya  Penyimpan Mohor Besar Raja-raja iaitu Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

Ramai yang mengenali beliau sebagai individu yang akan memberi pengumuman ketika tarikh-tarikh penting, tetapi tidak semua mengetahui tentang latar belakang dirinya.


Siapakah Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad?

Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

Syed Danial merupakan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja berusia 79 tahun yang dilantik oleh Majlis Raja-raja pada Januari 2011 di bawah peruntukan Perkara 38 Jadual V, Perlembagaan Persekutuan.

Beliau dilahirkan pada 30 November 1944 di Georgetown, Pulau Pinang dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kelawai.

Zaman persekolahan beliau dilanjutkan di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) sebelum meneruskan pengajian ijazah di Universiti Malaya (UM) pada tahun 1967 dan Universiti of Winconsin di Amerika Syarikat.


Perjalanan Sebelum Diberi Jawatan Sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-raja

Difahamkan sebelum seseorang itu dilantik sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, mereka perlu menjadi pegawai kanan kerajaan yang masih berkhidmat atau sudah bersara.

Syed Danial pernah berkhidmat selama 32 tahun di pelbagai kementerian, agensi dan jabatan kerajaan sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) sejak Mei 1967 sehingga Disember 1999.

Antara negeri yang beliau pernah ditempatkan adalah seperti Sabah, Sarawak, Perak, Kedah dan juga Perlis.

Sumber: Malaysia Gazette

Kemudian, beliau bersara pada tahun 2002 dan dilantik menjadi Datuk Paduka Maharaja Lela di Istana Negara sehingga 2004.

Kerjaya beliau diteruskan pada tahun 2004 dengan diberi jawatan sebagai Datuk Pengelola Bijaya Diraja sehingga tahun 2006 sebelum dilantik pula menjadi Ahli Majlis Angkatan Tentera di bawah peruntukan Perkara 137, Perlembagaan Persekutuan oleh Majlis Raja-raja.


Apa Sebenarnya Fungsi Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Ini?

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja adalah Urus Setia kepada Majlis Raja-raja.

Berdasarkan sumber dari laman web Majlis Raja-raja, terdapat beberapa fungsi penting melibatkan Mohor Besar Raja-raja. Antaranya:

  • Mengeluarkan notis Mesyuarat Majlis Raja-raja kepada Anggota.
  • Mengeluarkan notis makluman kepada Kementerian dan Jabatan Persekutuan bagi mengemukakan memorandum atau taklimat untuk diperkenan dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja.
  • Penyediaan agenda Mesyuarat Majlis Raja-raja Hari Pertama dan Kedua – 3 kali setahun.
  • Menyediakan minit Mesyuarat Majlis Raja-raja Hari Pertama dan mengedarkan kepada Anggota pada hari yang sama.
  • Menguruskan Kenderaan Kumpulan Kerajaan dan Pesawat Khas untuk kegunaan Mesyuarat Majlis Raja-raja.
  • Menguruskan hal-hal pelantikan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
  • Menyelaras Jawatankuasa melihat Anak Bulan Ramadan, Hari Raya Puasa dan Hari Raya Qurban.
  • Menyelaras dan menyampaikan keputusan penetapan tarikh Awal Ramadan, Hari Raya Puasa dan Hari Raya Qurban.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd