Now Reading
Ada Beza Ke Sabun Basuh Baju Versi Serbuk & Cecair?

Ada Beza Ke Sabun Basuh Baju Versi Serbuk & Cecair?

Pencuci pakaian jenis serbuk mengandungi bahan alkilbenzena sulfonat manakala jenis cecair pula mempunyai alkohol etoksilat.

Ada Beza Ke Sabun Basuh Baju Versi Serbuk & Cecair?

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sabun pencuci pakaian merupakan suatu keperluan di setiap rumah untuk membasuh pakaian harian mereka pada setiap hari.

Kalau anda lihat di pasar raya, terdapat pelbagai jenama sabun pencuci pakaian berbentuk serbuk dan juga cecair. Ada yang gemar membeli sabun pencuci berbentuk cecair dan ada juga yang lebih memilih sabun dalam bentuk serbuk.

Ada beza ke kedua-dua jenis sabun basuh ini?


Sabun Pencuci Pakaian Versi Serbuk

Gambar sekadar hiasan.

Jika anda membandingkan harga sabun pencuci pakaian berbentuk serbuk dan cecair, boleh dikatakan sabun berbentuk serbuk lebih murah.

Menurut kajian, serbuk pencuci baju yang mengandungi bahan alkilbenzena sulfonat lebih berkesan dalam menghilangkan kotoran degil seperti tanah, lumpur dan rumput.

Walau bagaimanapun, tidak semua serbuk pencuci pakaian mudah larut dalam air sejuk dan sesetengahnya lebih elok jika digunakan dengan air panas.

Antara tips untuk menjadikan penggunaan sabun jenis serbuk lebih efisyen adalah dengan melarutkannya menjadi pes terlebih dahulu.

Selain itu, anda perlu memastikan serbuk pencuci baju itu kekal dalam keadaan kering kerana air boleh menyebabkan sabun pencuci itu bergumpal.

Seorang saintis di Clorox iaitu Mary Gagliardi menjelaskan bahawa pakaian yang mempunyai kotoran sangat banyak lebih sesuai untuk mengunakan sabun pencuci jenis serbuk kerana ia mempunyai tahap pH yang tinggi berbanding sabun cecair.

Antara kebaikan lain dalam menggunakan serbuk pencuci pakaian adalah:

  • Mudah untuk disimpan dan kurang bersepah.
  • Harga yang lebih murah.
  • Tahan lama.
  • Pembungkusan yang lebih mesra alam.
  • Sesuai untuk digunakan bagi membersihkan pakaian yang sangat kotor seperti baju sukan.

Mungkin ada yang terfikir, lebih banyak sabun diletakkan akan membuatkan pakaian lebih bersih. Sebenarnya tidak ya.

Kalau terlebih sukatan, ia akan membuatkan serbuk pakaian bergumpal dan melekat pada pakaian.


Sabun Pencuci Pakaian Versi Cecair

Gambar sekadar hiasan.

Bagi sabun pencuci pakaian jenis cecair pula, ia mengandungi bahan alkohol etoksilat yang lebih berkesan dalam menghilangkan kotoran berminyak.

Berbeza dengan serbuk pencuci pakaian, sabun jenis cecair ini boleh digunakan dengan air sejuk dan juga air panas.

Saintis Gagliardi dalam kajiannya berkata sabun pencuci pakaian jenis cecair lebih sesuai digunakan untuk mereka yang membasuh pakaian menggunakan air sejuk.

Sama seperti serbuk pencuci pakaian, sabun basuh jenis cecair juga perlu diletakkan dalam kuantiti yang tidak berlebihan bagi mengelakkan ia menjadi kotoran dalam mesin basuh dan mengeluarkan bau yang kurang enak.

Menurut seorang saintis lain di Tide iaitu Jessica Zinna, beliau memberi pandangan bahawa cecair pencuci pakaian lebih baik digunakan untuk pencucian awal berbanding sabun serbuk.

Kesan kotoran hanya perlu dicuci menggunakan air sebelum ditambah dengan cecair pakaian dan digosok bagi memastikan sabun pencuci menyerap ke dalam pakaian.


Sabun Pencuci Pakaian Jenis Sebuk Atau Cecair Yang Lebih Baik?

Gambar sekadar hiasan.

Hasil kajian mendapati kedua-dua jenis sabun pencuci pakaian mempunyai kelebihan dan kekurangan yang berbeza.

Malah, kedua-dua jenis pencuci pakaian ini mempunyai tahap keberkesanan yang berbeza mengikut kotoran.

Pilihlah serbuk pencuci pakaian yang bersesuaian dengan jenis kotoran pada pakaian anda. Senang kata, lebih baik ada kedua-dua jenis sabun pencuci pakaian di rumah anda untuk memudahkan anda untuk membersihkan pakaian dengan lebih efektif.

Untuk maklumat tambahan, pencuci pakaian tidak mencampurkan teknologi wangian dan pembersihan sabun pencuci.

Jadi, ada sesetengah pencuci pakaian yang menghasilkan bau yang wangi tetapi kita rasa kurang bersih dan ada pula yang membersihkan pakaian dengan baik tetapi tidak mempunyai bau yang wangi.

Sumber: Malaysia Bersuara


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd