Now Reading
Julie’s Tawar Biskut ‘Love Letter Lemon’ Edisi Terhad Sempena Tahun Baru!

Julie’s Tawar Biskut ‘Love Letter Lemon’ Edisi Terhad Sempena Tahun Baru!

Untuk membina momentum ke arah sambutan Tahun Baru Cina selepas pandemik, Julie’s kini menganjurkan karnival empat (4) hari yang dipanggil Julie’s Prosperity Carnival.

julie's love letter lemon

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Tengah tak ada idea nak belikan hadiah ataupun sajian ringan apa untuk tetamu sempena sambutan Tahun Baru Cina nanti?

We’ve got you covered! 😉

Kami ada idea bernas, apa kata anda mencuba hidangan popular dengan perisa baharu iaitu Julie’s Love Letters Lemon. Perisa edisi terhad ini dilancarkan khas untuk musim perayaan akan datang.

Julie’s Love Letters Lemon ini bukan sahaja snek yang membuatkan anda ketagih dan sukar untuk berhenti mengunyah, tetapi ia juga menyegarkan dan dibungkus dengan mudah di dalam tab.

Jadikan persiapan tahun baru anda lebih mudah dengan menghidangkan Julie’s Love Letters Lemon sebagai snek atau hadiahkan buat insan tersayang, tiada pembalut atau balang biskut diperlukan!

Intipati sebenar Tahun Baru Cina ialah meraikan permulaan baharu bersama-sama dengan orang tersayang. Menyambut tahun yang penuh harapan tidak mungkin lebih tepat terutamanya tahun ini, di mana orang ramai bersedia untuk permulaan yang baru selepas menjalani pandemik. Dengan Julie’s Love Letters Lemon, kami berharap dapat membawa sesuatu yang menyegarkan untuk tahun baharu, melambangkan kehidupan optimistik penuh semangat pada tahun 2023. Cara lebih baik untuk menyebarkan kemesraan dan ikatan dengan mereka yang kami hargai daripada berkongsi hidangan lazat seperti Julie’s Love Letters Lemon.

Tzy Horng Sai, Pengarah Julie’s Biscuits.

Julie’s Anjur Prosperity Carnival Di Sunway Pyramid!

Untuk membina momentum ke arah sambutan Tahun Baru Cina selepas pandemik, Julie’s kini menganjurkan karnival empat (4) hari yang dipanggil Julie’s Prosperity Carnival.

Karnival ini akan berlangsung di Blue Concourse, Sunway Pyramid bermula hari ini sehingga 8 Januari 2023.

Julie’s Prosperity Carnival menjanjikan percutian menarik untuk semua ahli keluarga dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan. Para pelanggan juga boleh menghabiskan masa berkualiti bersama yang tersayang dengan menyertai aktiviti seperti:

  • Sesi mewarna kanak-kanak dengan beg goodie untuk direbut.
  • Bermain ‘Claw Machine’ untuk peluang memenangi mainan tab Love Letters yang dihasilkan secara eksklusif oleh Julie’s.

Bagi mereka yang ingin menikmati semangat perayaan, bolehlah pergi mengambil gambar awal Tahun Baru Cina mereka di pelbagai latar belakang Julie yang disediakan di sana.

Kesemua rangkaian Julie’s Love Letter akan tersedia untuk pembelian di karnival tersebut. Tambahan pula, di karnival itu nanti, para pelanggan yang membeli tiga tab Love Letters dalam apa jua perisa berpeluang untuk menerima satu set mangkuk Tahun Baru Cina Julie’s edisi terhad.

Rangkaian Julie’s Love Letter adalah termasuk tiga perisa klasik seperti coklat, strawberi dan vanila.

Love Letters Lemon edisi terhad boleh didapati untuk pembelian dalam talian dari kedai utama rasmi di Shopee dan Lazada. Untuk pembelian dalam kedai, lawati kedai serbaneka atau pasar raya besar berdekatan.

Sebagai jamuan perayaan, pelanggan juga boleh mendapatkan satu set paket angpau percuma dengan setiap pembelian satu tab Love Letters Lemon.

Untuk maklumat lanjut, boleh KLIK SINI.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd