Now Reading
Teleport Lancar ‘Teleport Pink’, Servis Penghantaran Antarabangsa Sampai-Esok

Teleport Lancar ‘Teleport Pink’, Servis Penghantaran Antarabangsa Sampai-Esok

Teleport Pink akan dilancarkan secara berperingkat mengikut fasa, bermula dengan kawasan liputan tertentu di Lembah Klang ke Singapura – diikuti dengan beberapa kawasan liputan baru pada 2023.

teleport pink

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Teleport, sebuah usaha niaga logistik di bawah Capital A (dahulunya dikenali sebagai AirAsia), melancarkan Teleport Pink – sebuah perkhidmatan terkini yang membolehkan pengguna di Kuala Lumpur menghantar bungkusan sampai-esok ke Singapura dengan kadar tetap sebanyak RM40.

Teleport Pink telah direka bagi memenuhi keperluan pengguna yang semakin meningkat untuk perkhidmatan penghantaran sampai-esok, ke luar negara pada kadar tetap.

Kadar yang ditawarkan adalah 80% lebih rendah daripada yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan penghantaran luar negara sampai-esok yang lain di pasaran.

Menerusi perkhidmatan Teleport Pink, pengguna akan menikmati:

Kemudahan untuk penggunaan:

  • Pengguna boleh menghantar apa saja yang boleh dimuatkan ke dalam beg bungkusan bersaiz A3 atau dengan berat maksimum 5kg .
  • Hanya perlu imbas kod QR yang terpapar di atas beg penghantaran. Kod QR ini adalah unik dan akan membawa pengguna terus ke borang pesanan atas talian.
  • Beg penghantaran boleh diguna pakai sebanyak dua kali. Penerima boleh menanggalkan pelekat arahan untuk kod QR yang kedua dan meneruskan proses yang sama untuk penghantaran dari Singapura ke Kuala Lumpur.

Kelajuan perkhidmatan:

Bungkusan akan diambil pada hari yang sama setelah borang pesanan lengkap diisi dan akan sampai keesokan harinya. (Jika pengguna membuat pesanan sebelum 4 petang, bungkusan akan sampai di Singapura selewat-lewatnya jam 6 petang keesokan harinya di tangan penerima).

Di Teleport, kami berpendapat perkhidmatan logistik perlu dipermudahkan, cepat dan berpatutan. Kami juga percaya ini perlu dijadikan sebagai satu kebiasaan dalam industri penghantaran – dan bukan pengecualian atau untuk kes-kes tertentu. Beberapa tahun kebelakangan ini, perkhidmatan segmen bungkusan ekspres dan sektor e-dagang telah menyaksikan pertumbuhan yang luar biasa dalam pasaran global, masing-masing dengan kadar 7% dan 22% setahun. Ini telah memacu pertumbuhan industri kargo udara.

Pete Chareonwongsak, Ketua Pegawai Eksekutif.

Pete juga menambah bahawa pelancaran Teleport Pink ini adalah untuk menawan pasaran dan membuka akses kepada lebih ramai pengguna dalam memenuhi permintaan untuk menikmati jaringan logistik di seluruh Asia Tenggara yang mengutamakan kemudahan dengan nilai tambah dan kelajuan perkhidmatan.

Akses eksklusif kami kepada rangkaian penerbangan AirAsia yang meluas merentasi rantau Asia Tenggara, memberi kami kelebihan dari segi infrastruktur logistik, terutamanya di perjalanan pertengahan atau mid-mile yang unik. Ini membolehkan kami menghantar bungkusan ke sekitar rantau ini dengan kekerapan dan skala yang lebih tinggi. Tiada lagi keperluan untuk membuat bayaran berlebihan untuk perkhidmatan penghantaran bungkusan pantas seperti suatu masa lalu.

Pete Chareonwongsak, Ketua Pegawai Eksekutif.

Teleport Pink Dilancarkan Mengikut Fasa

Teleport Pink akan dilancarkan secara berperingkat mengikut fasa, bermula dengan kawasan liputan tertentu di Lembah Klang ke Singapura – diikuti dengan beberapa kawasan liputan baru pada 2023.

Perkhidmatan Teleport Pink juga akan diperluaskan kepada kawasan lain di Kuala Lumpur dan termasuk bandaraya utama di Asia Tenggara seperti Bangkok, Jakarta dan Manila.

Sempena pelancaran Teleport Pink, beberapa siri jelajah (roadshow) akan diadakan di beberapa kawasan tumpuan sekitar Lembah Klang.

Pengguna dapat menikmati penghantaran sampai-esok ke Singapura secara percuma  dengan menggunakan kod kata “PINKFREE”, terhad untuk bungkusan pertama.

Beg penghantaran Teleport Pink boleh didapati di kiosk MyNEWS yang terpilih, termasuk juga di ruangan kerja bersama, Common Ground, WORQ dan Co-labs dan mesin-mesin layan diri di Sunway Pyramid and Lot 10.

Untuk maklumat lanjut tentang Teleport Pink, boleh lawati terus di laman web mereka www.teleportpink.com atau menerusi laman media sosial @TeleportPink.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd