Now Reading
AirAsia SUPER+ Oleh Super App Kini Tersedia Untuk Pembelian Di Seluruh Dunia

AirAsia SUPER+ Oleh Super App Kini Tersedia Untuk Pembelian Di Seluruh Dunia

Pelanggan boleh memilih SUPER+ Lite yang meliputi destinasi Asean, manakala SUPER+ Premium menyediakan akses ke semua negara di mana kumpulan syarikat penerbangan AirAsia beroperasi.

airasia super app

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Produk langganan penerbangan serta tawaran gaya hidup pertama di dunia, SUPER+ oleh airasia Super App kini tersedia untuk pembelian di seluruh dunia, dengan versi yang dipertingkatkan yang akan membolehkan para pelanggan untuk terbang ke destinasi yang lebih jauh serta menikmati lebih banyak tawaran menarik merentasi keseluruhan ekosistem airasia.

Sehingga kini, lebih 100,000 pelanggan SUPER+ telah menebus lebih 500,000 tempat duduk penerbangan seluruh Asean – dengan penebusan tertinggi sebanyak 100 tempat duduk dalam tempoh 12 bulan.

Bagi memenuhi keperluan dan permintaan para pengembara yang berbeza, produk SUPER+ baharu ini akan memberikan dua pilihan kepada pelanggan dengan pelbagai pilihan destinasi.

Sumber: Siti Murni/TRP

Pelanggan boleh memilih SUPER+ Lite yang meliputi destinasi Asean, manakala SUPER+ Premium menyediakan akses ke semua negara di mana kumpulan syarikat penerbangan AirAsia beroperasi termasuk:

  • Jepun.
  • Korea Selatan.
  • Australia.
  • New Zealand.
  • India.
  • Maldives.
  • Hong Kong.
  • Taiwan.
  • Arab Saudi.

Kedua-dua pilihan ini adalah termasuk diskaun 10% tanpa had untuk airasia ride dan diskaun 5% tanpa had untuk semua hotel di airasia Super App.


Pelan Langganan SUPER+ Baharu Oleh Super App

Nikmati pengalaman tanpa had sekarang kerana hanya 200,000 pelan langganan SUPER+ tersedia untuk dibeli dan boleh didapati mulai hari ini (5 Disember) sehingga jam 11.59PM (GMT+8) pada 11 Disember 2022.

Hanya klik pada ikon SUPER+ pada aplikasi airasia Super App untuk membuat pembelian atau lawati [KLIK SINI].

Sumber: Siti Murni/TRP

Pelan langganan SUPER+ baharu berharga daripada RM888 sahaja!

Kami telah berusaha untuk menyediakan syarikat kami untuk memenuhi lonjakan permintaan terhadap pengembaraan, dan kami teruja dengan pembukaan semula pasaran pelancongan seperti Jepun, Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong dan banyak lagi yang akan datang dalam masa terdekat. Langganan SUPER+ merakam keindahan ekosistem platform airasia Super App kami, yang menghimpunkan semua syarikat penerbangan, produk serta perkhidmatan pelancongan kami seperti hotel, bersama dengan tawaran e-dagang kami seperti airasia ride, yang turut disertakan sebagai faedah SUPER+.

Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A.

Cara Tebus Langganan SUPER+

Pelanggan SUPER+ boleh menebus penerbangan mereka untuk setahun* mulai dari tarikh langganan (5 Disember 2022 – 5 Disember 2023) dan lakukan perjalanan mulai 1 Januari 2023.

Penerbangan yang ditebus melalui SUPER+ tertakluk pada cukai kerajaan, yuran, alat tambah dan caj lain yang berkenaan.

Tempahan penerbangan mesti dibuat sekurang-kurangnya 14 hari sebelum berlepas dan tertakluk pada tempoh embargo serta terma dan syarat lain.

Ketersediaan tempat duduk percuma bergantung kepada bekalan dan permintaan pada laluan tertentu.

Untuk maklumat lanjut tentang cara melanggan SUPER+, klik di SINI.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd