Now Reading
UOB Malaysia Umum Pemenang Painting Of The Year (POY) Dengan Hadiah Tunai RM100,000!

UOB Malaysia Umum Pemenang Painting Of The Year (POY) Dengan Hadiah Tunai RM100,000!

Lukisan Encik Seah juga akan bersaing dengan penyertaan pemenang lain dari Indonesia, Singapura dan Thailand untuk anugerah 2022 UOB Painting of the Year Asia Tenggara.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


UOB Malaysia telah menyampaikan anugerah 2022 UOB Painting of the Year (POY) (Malaysia) kepada Encik Seah Ze Lin untuk karya seni beliau bertajuk, ‘地皮 – Skin of Land’.

Sebagai pemenang anugerah berprestij ini di bawah Kategori Pelukis Mapan, Encik Seah menerima hadiah wang tunai RM100,000.

Sebelum ini, Encik Seah pernah memenangi Anugerah Perak dua kali dalam 2016 dan 2017 UOB POY (Malaysia), di bawah Kategori Pelukis Mapan.

Encik Seah.

Lukisan Encik Seah juga akan bersaing dengan penyertaan pemenang lain dari Indonesia, Singapura dan Thailand untuk anugerah 2022 UOB Painting of the Year Asia Tenggara, di mana pemenangnya berpeluang memenangi program residensi di Muzium Seni Asia Fukuoka yang terkenal di Jepun selama sebulan.

Keputusan anugerah ini akan diumumkan di Singapura pada bulan depan.

Puan Ng Wei Wei, Ketua Pegawai Eksekutif UOB Malaysia berkata, “Di UOB, kami mengamalkan segala yang baik demi komuniti kami dan juga memberi sokongan kepada bakat seni dalam usaha kreatif mereka.

“Pertandingan ini kini memasuki tahun yang ke-12, dan memandangkan ini, kami amat berbesar hati melihat pertandingan ini terus menyediakan ruang untuk bakat tempatan meneroka kreativiti mereka sepenuhnya.

“Selain itu, ia juga membolehkan mereka menceritakan kisah dan pengalaman hidup mereka yang menginspirasikan secara visual melalui medium seni.

“Selaras dengan Tujuan Bank untuk ‘Membina masa depan ASEAN’, kami terus mencungkil bakat dan memupuk pelukis tempatan membangunkan profesion mereka dan menyerlah di platform antarabangsa.

“Melalui pertandingan UOB POY, kami berharap untuk menghubungkan rantau ini dengan menunjukkan perspektif berbeza tetapi juga persamaan dalam budaya kita melalui seni. Lagipun, seni berupaya melangkaui budaya, dan mampu mencetus idea dan emosi dengan lebih baik berbanding apa-apa bahasa pertuturan,” jelasnya.


Karya Seni ‘地皮 – Skin of Land’

Melalui karya seninya ‘地皮 – Skin of Land’, Encik Seah menggambarkan bagaimana pembangunan masyarakat manusia membawa keburukan kepada alam sekitar.

Menggunakan kain felt bulu dan gentian sintetik, beliau dengan telitinya telah menghasilkan peta dalam bentuk haiwan dengan kulitnya terbentang pada bingkai.

Tidak ada perkataan kelihatan pada peta tersebut kerana ia telah dipotong, dibasuh dan dibakar, secara simboliknya menunjukkan sempadan antara alam semula jadi dan kediaman manusia adalah kabur, menandakan bahawa kehidupan manusia dan alam semula jadi sememangnya saling berkait.

Di tengah-tengah karya seni beliau didapati gambaran hutan purba, yang lambat-laun ditelan oleh pembangunan manusia.

Dalam bahasa Cina, ‘地皮’ bermakna tapak komersial bernilai yang kaya dengan sumber semula jadi. Karya seni ini menggambarkan seekor haiwan yang telah diburu, menunjukkan tapak yang bernilai sering dieksploitasi untuk sumber semula jadinya. Di dalam peta terdapat garis kontur, serta simbol dan warna berbeza yang menggambarkan struktur kompleks masyarakat manusia. Saya berbesar hati memenangi anugerah 2022 UOB POY (Malaysia) dan gembira karya seni saya akan mewakili Malaysia di anugerah 2022 UOB POY Asia Tenggara yang terkemuka.

Encik Seah.

Encik Seah menyertai barisan pemenang UOB POY (Malaysia) yang lepas, termasuk Encik Saiful Razman, Encik Sabri Idrus, Cik Cheng Yen Pheng, Cik Cheong Kiet Cheng, Encik Chok Yue Zan, Cik Yim Yen Sum, Cik Minstrel Kuik dan Encik Gan Tee Sheng.

Kesemuanya menerima pengiktirafan tempatan dan antarabangsa untuk karya seni mereka.


Untuk rekod, pada 2021 UOB memperkenalkan trofi anugerah POY baharu yang dimodelkan selepas Vitalità, sebuah arca gangsa direka khas untuk Bank, dan dicipta oleh pengukir terkemuka Itali, Cik Anna Chiara Spellini.

Vitalità, yang menunjukkan kekuatan tenaga dalam rangka viseral arca, dikurniakan semangat bersedia untuk bergerak ke atas dan ke hadapan.

Trofi anugerah UOB POY baharu yang ikonik ini bertujuan menyerlahkan keghairahan, mencetus imaginasi dan juga kepintaran para pelukis dalam mengekspresikan visi seni mereka.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd