Now Reading
Tampil Sopan & Bergaya Dengan Busana ZUCCA. Sejuk Je Mata Memandang!

Tampil Sopan & Bergaya Dengan Busana ZUCCA. Sejuk Je Mata Memandang!

ZUCCA: Jenama Malaysia pertama yang menghasilkan busana sopan pada masa nyata; seterusnya memartabatkan industri fesyen sopan tempatan untuk memenuhi keperluan lebih ramai wanita berbilang komuniti.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Busana sopan kini semakin mendapat tempat dalam kalangan pengguna di arus perdana seiring dengan kelajuan perubahan trend dalam fesyen sopan.

Mengerti akan kepelbagaian dalam industri fesyen sopan tanah air, ZUCCA berhasrat memartabatkan industri pakaian sopan tempatan ke tahap lebih tinggi sebagai jenama Malaysia pertama menggunakan kaedah masa nyata untuk fesyen sopan. 

Dijangkakan akan mencapai nilai pasaran global sebanyak RM1.29 trillion menjelang tahun 2024, fesyen sopan kini bukan lagi dikira niche mahupun terhad kepada golongan beragama Islam sahaja.

Memandangkan jumlah dan demografik pengguna semakin berkembang, pelbagai jenama sama ada besar atau kecil kini berusaha menggabungkan fesyen sopan dengan trend dan rekaan terkini, di samping memastikan kos pembuatan masih berpatutan dalam usaha untuk kekal peka mengenai perubahan trend fesyen terkini.


ZUCCA Kekal Relevan Mengikut Trend Terkini.

Sebagai sebuah jenama pakaian sopan di Malaysia, ZUCCA telah menemui penyelesaian kepada masalah ini melalui fesyen masa nyata.

Menggunakan algoritma perdagangan sosial (social commerce), kata kunci SEO, dan maklum balas pelanggan secara langsung, kaedah masa nyata ini membolehkan jenama-jenama memantau pendapat pelanggan dan mengeluarkan rekaan baharu berdasarkan trend terkini serta maklum balas pelanggan.

Bayangkan sekiranya ada dua jenis baju; satu ialah blaus panjang berpetak-petak, dan satu lagi blaus floral daripada material kain kapas bercorak batik. Keajaiban fesyen masa nyata ialah ia membolehkan kami membandingkan jualan dan maklum balas untuk kedua-dua baju tersebut untuk memahami yang mana satu yang menjadi pilihan pelanggan, dan mengapa. Mungkin lebih ramai yang lebih menyukai blaus batik floral tersebut disebabkan aura retronya ataupun materialnya yang lebih selesa! Setelah hal tersebut dipastikan, kami kemudiannya boleh terus menghasilkan lebih banyak rekaan serupa untuk memastikan para pelanggan kami dapat apa yang mereka mahukan.

Erica Yap, pengasas bersama ZUCCA.

Dengan kebolehan menghasilkan koleksi busana yang mengikut rentak fesyen terkini hanya dalam beberapa hari, ZUCCA menumpukan usaha dalam menghasilkan pakaian sopan yang inklusif dan sesuai untuk demografik wanita di Malaysia serta mereka yang peka dengan trend fesyen terkini.

Sebagai sebahagian daripada pendekatan mereka, ZUCCA juga aktif menyokong para pengilang pakaian kecil dan sederhana tempatan, dengan bekerjasama bersama mereka untuk menghasilkan sejumlah kecil pakaian ‘prototaip’ bagi mendapatkan maklum balas awal.


“You Deserve To Shine” – ZUCCA.

Berhasrat untuk menjauhi stereotaip bahawa busana sopan selalunya selekeh sambil memperjuangkan slogan “You Deserve to Shine”, ZUCCA menawarkan pelbagai pilihan busana mampu milik, kontemporari, dan berkualiti tinggi untuk golongan muda urban di Malaysia yang menggemari pakaian praktikal harian.

Daripada blaus ala Korea, ke seluar palazzo dan skirt labuh berlisu, ZUCCA berhasrat menghasilkan lebih banyak lagi busana penuh gaya tanpa menjejaskan kualiti fabrik dan elemen kesopanan.

Matlamat ZUCCA adalah untuk menawan hati lebih ramai pembeli dan fashionista Malaysia. Oleh itu, ZUCCA akan terus mengutamakan para pengguna dan berhubung dengan  mereka melalui kaedah jualan secara langsung ke pengguna atau direct-to-consumer (DTC).

Metode ini bermakna ZUCCA menghapuskan kos peruncit pihak ketiga, pemborong, dan orang tengah daripada proses pengeluaran produknya.

Melalui penjualan terus kepada pengguna serta memastikan segala aspek pengaturan, pemasaran, pembungkusan dan penghantaran dilakukan secara dalaman, ZUCCA menjadikan rangkaian busananya sangat mampu milik untuk pengguna.

Kaedah DTC ini menjadikan kami lebih rapat dengan para pelanggan kami serta membolehkan kami memahami komuniti para pembeli kami. Selain itu, kami juga aktif menjual secara langsung di media sosial. Ia membolehkan kami menunjukkan produk-produk kami dengan serta-merta, berinteraksi dengan para pelanggan kami, serta membaca dan melihat reaksi mereka secara langsung melalui ruangan komen. Persekitaran yang rancak dan mengujakan ini merupakan sebahagian besar daripada perniagaan secara langsung kami, dan kami harap ia dapat dikembangkan lagi seiring dengan usaha kami untuk berjinak-jinak dengan perdagangan sosial.

Gary Ng, pengasas bersama ZUCCA.

Tentang ZUCCA

Untuk pengetahuan anda, ZUCCA telah beroperasi sejak tahun 2019 dan kini mempunyai ‘kehadiran’ jenama yang kukuh di platform media sosial dengan 300,000 pengikut di laman Facebook dan Instagram, serta 200,000 pengikut di aplikasi TikTok.

Sepanjang dua tahun yang lalu, ZUCCA telah mencapai pelbagai kejayaan, antaranya peningkatan hasil jualan sebanyak 400% dalam tempoh 12 bulan, serta kejayaan mengumpul RM1.26 juta dalam pembiayaan awal bagi membantu pengembangan pasaran. 

Kini, ZUCCA sedang berusaha menambah kefahaman tentang pasaran Malaysia, dan bercita-cita untuk memasuki pasaran fesyen sopan Indonesia, Singapura, dan Brunei menjelang tahun 2023. 

ZUCCA memberi tumpuan kepada pembuatan dan rekaan busana wanita berdasarkan maklum balas masa nyata untuk memastikan penggemar busana sopan mempunyai akses kepada pakaian paling bergaya yang mengisi jurang dalam pasaran.

Koleksi ZUCCA membawa pendekatan moden dan bergaya kepada gaya hidup sopan.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd