Now Reading
Anak Bawah 13 Tahun Tak Dibenarkan Miliki Akaun Media Sosial – Fahmi Fadzil

Anak Bawah 13 Tahun Tak Dibenarkan Miliki Akaun Media Sosial – Fahmi Fadzil

Menteri Komunikasi itu berkata kebanyakan media sosial memberi akses pendaftaran pembukaan akaun kepada pengguna tanpa kaedah pembuktian bagi memastikan umur mereka.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Penggunaan media sosial dilihat semakin ketara dalam rutin harian seseorang individu. Bukan sahaja digunakan untuk tujuan hiburan semata-mata malah ia juga berfungsi sebagai medium seseorang bagi melakukan kerja.

Namun begitu, penggunaan media sosial di kalangan kanak-kanak masa kini juga semakin tidak terkawal di mana mereka mempunyai akaun sendiri.

Kadangkala, akaun media sosial itu dicipta tanpa pengetahuan para ibu bapa.


Anak Bawah 13 Tahun Tak Boleh Miliki Akaun Media Sosial

Semalam (21 April), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) memberi peringatan kepada golongan ibu bapa untuk memastikan anak tidak memiliki sebarang akaun media sosial sekiranya mereka bawah 13 tahun.

Menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, MCMC mendapati golongan kanak-kanak tersebut tidak sesuai untuk menggunakan sebarang media sosial atas faktor umur.

Sumber: Pexels

MCMC Akan Tutup Akaun Media Sosial Individu Bawah 13 Tahun Jika Ada

Mengulas lanjut, Fahmi menjelaskan kebanyakan platform media sosial juga mempunyai syarat bahawa golongan berkenaan tidak dibenarkan untuk membuka akaun sendiri.

“Kepada ibu bapa yang hadir pada malam ini (di Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri), saya beri amaran daripada MCMC, anak-anak di bawah 13 tahun tidak dibenarkan memiliki akaun TikTok, Facebook, Instagram atau mana-mana akaun media sosial lain.

“Sekiranya ada (anak-anak bawah 13 tahun memiliki akaun media sosial), ibu bapa tolong maklum kepada saya. MCMC akan shut down (tutup) akaun tersebut,” jelasnya.

Sumber: Unsplash

Banyak Media Sosial Tiada Kaedah Pembuktian Bagi Pastikan Umur Pengguna

Dalam masa sama, menteri tersebut berkata hal ini telah menimbulkan isu di mana kebanyakan media sosial memberi akses pendaftaran pembukaan akaun kepada pengguna tanpa kaedah pembuktian bagi memastikan umur mereka seperti ketetapan atau pun tidak.

Oleh disebabkan itu, pihak Fahmi telah mengadakan pertemuan bersama Meta (Facebook, Instagram dan WhatsApp) serta pihak Telegram bagi memaklumkan perancangan dalam membanteras masalah kanak-kanak bawah 13 tahun memiliki akaun media sosial.

Kita lihat ada beberapa perkara daripada pihak media sosial yang perlu dimaklumkan kepada kita dahulu. Harapan saya menjelang awal Mei ini, akan ada pengumuman mengenai perbincangan dengan semua platform media sosial khususnya berhubung keselamatan dalam talian yang berkait dengan kanak kanak.

Fahmi Fadzil.
Sumber: MalayMail

Penggunaan Media Sosial Adalah Bahaya Untuk Kanak-kanak

Isu tentang kanak-kanak menggunakan media sosial sering mencetuskan kegusaran. Seperti sebelum ini, pegawai kesihatan kanan Amerika Syarikat (AS) juga pernah mengeluarkan amaran kepada ibu bapa, bahawa penggunaan media sosial boleh mendorong kepada kesan yang berbahaya terhadap golongan kanak-kanak.

Walaupun media sosial mempunyai manfaat yang tersendiri, namun terdapat petunjuk bahawa ia memiliki risiko serius terhadap kesihatan mental dan kesejahteraan kanak-kanak serta remaja.

Sumber: Freepik

“Media sosial boleh membantu kanak-kanak dan remaja berhubung dengan komuniti, namun turut ada kandungan melampau, tidak sesuai dan berbahaya yang boleh mendorong perbuatan mencederakan diri sendiri atau bunuh diri.

“Ia boleh mencetuskan rasa tidak puas hati berterusan pada diri sendiri, kecelaruan pemakanan, kemurungan dan mendedahkan kanak-kanak pada buli siber ketika mereka melalui fasa pertumbuhan minda yang kritikal,” jelas Ketua Kor Perkhidmatan Kesihatan Awam AS Vivek Murthy.

Baca Artikel Berkaitan: Guru Jadikan Anak Murid Sebagai ‘Content’ Media Sosial Bakal Berdepan Tindakan, Kata Menteri Pendidikan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd