Now Reading
Kes Tembak Di KLIA: Suspek Ditahan Di Kota Bharu, Kelantan

Kes Tembak Di KLIA: Suspek Ditahan Di Kota Bharu, Kelantan

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain yang memaklumkan Hafizul telah ditahan sekitar jam 3 petang tadi (15 April).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum semalam (14 April) telah berlakunya insiden tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA1). Kejadian berkenaan telah mengakibatkan seorang pengawal peribadi dilaporkan cedera parah di bahagian perut dan ketika ini difahamkan berada dalam keadaan koma.

Mengulas lanjut, suspek berusia 38 tahun yang dikenali sebagai Hafizul Harawi itu sebenarnya ingin menembak isteri yang sedang menunggu jemaah umrah yang pulang ke tanah air di balai ketibaan.

Baca Artikel Berkaitan: Kes Tembak Di KLIA: Lelaki Cuba Bunuh Isteri, Terkena Pengawal Peribadi – Polis [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Tembakan Di KLIA: Suspek Tiada Permit Senjata Api & Isteri Sedang Hamil, Ini Apa Yang Kita Tahu Setakat Ini [Video]

Menurut pihak polis, suspek tidak mempunyai permit senjata api dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Akta Senjata 1960.


Suspek Kes Tembak di KLIA Kini Ditahan Di Kota Bharu, Kelantan

Terbaharu, pihak polis memaklumkan suspek telah ditahan di Kota Bharu, Kelantan.

Perkara itu turut disahkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain serta memaklumkan Hafizul telah ditahan sekitar jam 3 petang tadi (15 April).

Ya, saya sahkan (tangkapan). Suspek baru ditahan pada jam 3 petang tadi di Kota Bharu. Satu sidang akhbar akan diadakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman atau Ketua Polis Negeri dalam masa terdekat.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Pihak Polis Terima Maklumat Daripada Keluarga & Rakan Untuk Cari Suspek

Sebelum ini, polis giat mengumpulkan maklumat daripada ahli keluarga serta kenalan rapat untuk mengesan suspek. Jelas pihak berkuasa lagi, maklumat itu penting dalam usaha pihak polis bagi mengesan keberadaan Hafizul.

Dalam masa yang sama, Razarudin turut menafikan dakwaan yang mengatakan Hafizul berada di Mekah sewaktu insiden berlaku.

Suspek telah pun dikenal pasti oleh saksi utama di lokasi kejadian dan pihak polis berusaha kesan dia.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd