Now Reading
Lotus’s Malaysia Kongsi Berkat Ramadan Dengan Kerja Amal & Sokongan Komuniti

Lotus’s Malaysia Kongsi Berkat Ramadan Dengan Kerja Amal & Sokongan Komuniti

Di sesi terakhir #KitakanJiran Cookout dan iftar bersama komuniti di Shah Alam semalam (26 Mac), Lotus’s telahpun menyambut lebih dari 40 kanak-kanak dari Pertubuhan Kasih Bestari.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Di bawah kempen RamRaya, Sama-Sama Riang Berganda, Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) menghayati keistimewaan bulan Ramadan dengan kerja amal, sokongan komuniti dan usaha sukarelawan di empat lokasinya sekitar Semenanjung Malaysia. 

Sumber: Lotus’s Malaysia.

Bersama rakan amal, Food Aid Foundation, sesi #KitakanJiran Ramadan Cookout ini merupakan tahun ketiga ianya dianjurkan, dan kali ini lebih dari 100 sukaralewan Lotus’s telah turut serta bersama untuk menyumbangkan masa mereka dan menyediakan dan mengagihkan 2,000 juadah berbuka puasa kepada rumah kebajikan, surau dan masjid yang berdekatan di Kota Bharu, Seberang Jaya, Melaka dan Shah Alam.

Sumber: Lotus’s Malaysia.

Lebih bermakna lagi dengan adanya sokongan dan penyertaan dari pelbagai jenama terkenal seperti:

  • Adabi Consumer Industries
  • Kara Marketing
  • Coca-Cola Companies
  • Harold’s Bread
  • Empire Sushi
  • HomePro
  • Fun Kids
  • Kings Confectionery
  • Tealive
  • M&M Playland
  • G Accessories
  • Animonsta Studios Sdn Bhd (Monsta), sebuah syarikat animasi tempatan.

Azliza Azmel selaku Pengarah Khidmat Korporat Lotus’s Malaysia berkata, “Tahun ini, kami telah berniat untuk berkongsi keberkatan bulan Ramadan dengan membawa keriangan kepada golongan kurang bernasib baik, serta memupuk perasaan kesyukuran dan bertanggungjawab terhadap komuniti dalam setiap warga kerja Lotus’s.

Sumber: Lotus’s Malaysia.

“Sesi penyediaan dan pengedaran juadah tahun ini juga lebih menyentuh hati dengan adanya ramai warga kerja Lotus’s dari stor dan ibu pejabat yang menyertai dengan bersadaqah masa mereka menyediakan juadah berbuka puasa untuk 200 anak-anak dari enam rumah kebajikan dan sebuah sekolah.

“Saya juga ingin berterima kasih kepada semua rakan niaga kami yang sangat bermurah hati kerana telah menyumbangkan pelbagai produk dan baucar yang secara keseluruhannya bernilai RM28,000 untuk kegunaan anak-anak ini dan rumah kebajikan didiami mereka”. 


Team TRP Berpeluang Bantu Menyediakan Makanan Buat Anak Yatim

Semalam (26 Mac) di Lotus’s Seksyen 13, Shah Alam, team TRP serta beberapa rakan media lain turut berpeluang untuk menyaksikan sendiri setiap proses yang dilakukan oleh komuniti sukarelawan bagi menyediakan juadah berbuka puasa buat golongan tidak berkemampuan.

Makanan yang telah selesai dimasak seterusnya dibungkus dengan kemas dan bersih bagi diagihkan buat anak-anak yatim dari enam buah rumah kebajikan dan juga sekolah. Apa yang boleh dirungkaikan tentang kerja amal ini adalah ianya benar-benar memberikan impak positif buat diri kami.

Terima kasih kepada team Lotus’s Malaysia di atas peluang yang diberikan ini.


Lotus’s Malaysia Bekerjasama Dengan Syarikat Animasi Tempatan

Di samping itu, tahun ini merupakan julung kali Lotus’s berkerjasama dengan syarikat animasi tempatan, Animonsta. Ini juga telah menyediakan ruang dan memberi peluang untuk anak-anak berinteraksi dan menyertai aktiviti-aktiviti seperti Meet & Greet bersama BoBoiBoy dan Mechamato, BoBoiBoy Galaxy Run, anyaman kertas dan lukisan batik.

Sumber: Lotus’s Malaysia.
Sumber: Lotus’s Malaysia.

Ramadan bertambah lebih istimewa dengan penyediaan 2,400 bekas bubur lambuk untuk orang ramai oleh Adabi dan sukarelawan Lotus’s di Melaka dan Shah Alam.


Sambut Lebih 40 Kanak-kanak Dari Pertubuhan Kasih Bestari Untuk Iftar

Di sesi terakhir #KitakanJiran Cookout dan iftar bersama komuniti di Shah Alam semalam (26 Mac), Lotus’s telah menyambut lebih 40 kanak-kanak dari Pertubuhan Kasih Bestari, sebuah pusat yang berdedikasi untuk mendorong dan membesarkan anak muda untuk mencapai potensi mereka sepenuhnya agar menjadi ahli masyarakat berguna.

Sumber: Lotus’s Malaysia.

Dengan adanya aktiviti seperti ini, Lotus’s bersama rakan niaganya telah dapat memberi manfaat kepada kanak-kanak dari rumah-rumah kebajikan seperti Rumah Tunas Harapan, Rumah Anak Yatim Darul Kautsar (Kelantan), Pusat Jagaan Permata Kasih Mengkuang, Madrasah Tahfiz Darul Ukasha (MTDU), Pusat Jagaan Nasyiatul Aisyiyah (Penang) dan pelajar-pelajar SMK Bukit Katil (Melaka) kurang berkemampuan.

Selanjutnya, sukarelawan dari 15 cawangan Lotus’s turut menjalankan aktiviti-aktiviti tersendiri sepanjang bulan Ramadan, seperti menyumbangkan juadah dan minuman untuk Moreh dan Khatam Quran di masjid dan surau yang berdekatan.


Kempen Sama-Sama Riang Berganda

Pada awal bulan Mac, Lotus’s Malaysia telah melancarkan kempen Sama-Sama Riang Berganda yang menawarkan pelbagai promosi dan ganjaran sehingga 24 April 2024.

Kempen selama 10 minggu ini memberi pelanggan penjimatan sehingga 50% untuk barangan seperti makanan, minuman, bahan-bahan segar, pakaian, peralatan dapur dan sebagainya.

Pelanggan juga boleh mencuba pelbagai makanan dan minuman dari 25 jenama terkenal sebelum membuat pembelian di Lotus’s Raya World yang terdapat di 22 cawangan peruncit itu.

Lebih menyeronokkan, pelanggan juga dapat menyertai akitiviti Raya World Roadshow yang akan berlangsung di Melaka Peringgit (30 hingga 31 Mac 2024) dan Kota Bharu (6 hingga 7 April 2024) untuk memenangi pelbagai barangan jenama Lotus’s dan baucar.


BoBoiBoy Malaysia

Untuk memeriahkan sambutan Ramadan dan Hari Raya, BoBoiBoy Malaysia akan menjalankan aktiviti-aktiviti yang direka khas untuk keceriaan keluarga-keluarga dan kanak-kanak di 11 Lotus’s Malls yang terpilih.

Aktiviti-aktiviti ini termasuk sesi Meet and Greet bersama BoBoiBoy, permainan digital interaktif seperti Galaxy Run dan Roblox, bengkel seni dan kraf serta pelbagai pertandingan.

Pelanggan boleh merujuk kepada media sosial rasmi Lotus’s untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang aktiviti menarik yang disediakan di bawah kempen Sama-Sama Riang Berganda.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd