Now Reading
Program #SisBoleh: Grab Malaysia Lancar Program Pemerkasaan Wanita

Program #SisBoleh: Grab Malaysia Lancar Program Pemerkasaan Wanita

Sebagai langkah pertama, bermula dari 8 hingga 31 Mac 2024, Grab Malaysia akan menawarkan kelas PSV percuma (harga biasa RM150) di Petaling Jaya, Pulau Pinang, dan Johor Bahru untuk rakan-pemandu wanita.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Grab, aplikasi super terkemuka di Asia Tenggara, baru-baru ini mengumumkan peluasan program #SisBoleh mereka.

Pengumuman itu dibuat bersempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa yang dianjurkan oleh Grab Malaysia di Johor Bahru, Kuantan, dan Lembah Klang untuk rakan-pemandu dan  rakan-penghantar wanita mereka.

#SisBoleh, merupakan program pemerkasaan wanita diperkenalkan oleh Grab Malaysia tahun lepas. Ia bertujuan untuk memberi sokongan dan ketenangan minda kepada golongan wanita di platform Grab sebagai rakan-pemandu dan rakan-penghantar, tetapi dengan lebih penekanan kepada aspek keselamatan.

Berikutan peluasan program #SisBoleh kini akan merangkumi dua bahagian baharu – Suai Tugas & Latihan (Onboarding & Training) dan Komuniti (Community).

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad dalam ucapannya memuji usaha Grab untuk menjadikan platform mereka lebih inklusif untuk golongan wanita, “Program #SisBoleh layak mendapat pengiktirafan khas kerana memberikan sokongan menyeluruh kepada wanita.

“Dengan mengatasi kerisauan berkaitan keselamatan, membina komuniti wanita yang berdaya dan berdikari, dan menghapuskan halangan, Grab telah menetapkan contoh sebagai platform yang inklusif untuk menyokong penyertaan wanita dalam ekonomi gig.

“Dalam perjalanan ke arah mempercepatkan kemajuan untuk wanita, kita perlu terus memupuk kerjasama yang bermakna antara sektor awam dan swasta. Hanya melalui usaha kolektif ini, kita boleh memacu perubahan positif dan memajukan kesaksamaan dan pemerkasaan wanita,” jelasnya.


Memperkasa Wanita Untuk Percaya Bahawa #SisBoleh

Berdasarkan tinjauan dan maklum balas daripada rakan wanita Grab, ramai enggan menyertai platform ini kerana berpandangan bahawa memandu dan kerja penghantaran tidak sesuai untuk para wanita, serta kurang keyakinan secara umum.

Platform ini ingin melengkapkan mereka dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan supaya mereka dapat menjana pendapatan dengan lebih yakin serta  membina komuniti wanita diperkasakan dari saat mereka menyertai platform ini.

Oleh itu, peluasan program ini adalah satu komitmen untuk meningkatkan kesaksamaan dan mengurangkan halangan, serta membolehkan dan memperkasakan lebih ramai wanita untuk menjana pendapatan di platform Grab.


Suai Tugas & Latihan (Onboarding & Training)

  • Topik latihan yang disesuaikan khas untuk wanita seperti latihan keselamatan dalam kenderaan yang merangkumi cara mengendalikan situasi yang mencabar dengan penumpang dan penyelenggaraan kenderaan.
  • Bahan latihan juga akan disediakan melalui GrabAcademy (portal pembelajaran bagi rakan-rakan Grab)

Komuniti

  • Membangunkan komuniti atas talian khas untuk rakan wanita Grab dan menggalakkan mereka berkongsi pendapat dan membincangkan topik-topik relevan.
  • Meningkatkan penglibatan dalam perhimpunan kecil dan besar bagi menggalakkan para wanita membangunkan jaringan dan ikatan yang lebih kukuh.

Sebagai langkah pertama, bermula dari 8 hingga 31 Mac 2024, Grab Malaysia akan menawarkan kelas PSV percuma (harga biasa RM150) di Petaling Jaya, Pulau Pinang, dan Johor Bahru untuk rakan-pemandu wanita.

“Kadar peningkatan wanita di platform kami telah meningkat hampir 156% dari Jan 2021 hingga Jan 2024. Wanita membentuk lebih dari separuh jumlah penduduk di Asia Tenggara, namun hanya mewakili 24% dalam tenaga kerja, dan peratusannya yang lebih kecil lagi mewakili rakan-pemandu dan rakan-penghantar.

“Ini merupakan peluang besar untuk membina platform yang benar-benar inklusif dan membuatkan mereka berasa dihargai. Selari dengan misi Grab untuk memacu Asia Tenggara ke hadapan dengan mewujudkan pemerkasaan ekonomi untuk semua, kami berharap program #SisBoleh dapat terus memperkasakan lebih ramai wanita untuk berdikari dari segi ekonomi,” jelas Adelene Foo, Pengarah Urusan Grab Malaysia.

Beliau juga dalam masa yang sama menggalakkan lebih ramai wanita mengambil bahagian dalam aktiviti yang bakal diadakan dan berkongsi pendapat agar mereka boleh bersama-sama membina platform (Grab) yang benar-benar mengutamakan wanita.


Memandu & Menunggang Dengan Selamat Dengan Penumpang Wanita Diutamakan BETA (Women Passengers Preferred BETA).

Berterusan dari usaha untuk meningkatkan piawaian keselamatan di platform, Foo turut berkongsi bahawa Grab akan memperkenalkan ciri Penumpang Wanita Diutamakan BETA (Women Passengers Preferred BETA).

Ciri baharu ini akan dilancarkan pada 5 Mac dan bertujuan meningkatkan kebarangkalian rakan-pemandu wanita yang memilih ciri tersebut untuk dipadankan dengan penumpang wanita di kawasan berdekatan.

Untuk menjayakan ciri ini, penumpang wanita digalakkan mengemaskini butiran mereka melalui aplikasi Grab.

Ciri ini adalah yang terbaharu dalam inovasi teknologi keselamatan yang diusahakan oleh Grab untuk memastikan para pengguna platform Grab kekal selamat semasa dalam perjalanan.

Satu ciri yang diperkenalkan tahun lepas – Audio Protect – semakin mendapat sambutan dengan 7 daripada 10 rakan-pemandu dan penumpang menggunakan ciri tersebut, terutamanya pada waktu malam.

Rujuk SINI untuk maklumat lanjut tentang ciri-ciri keselamatan Grab.

[#SisBoleh]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd