Now Reading
Aidilfitri 2024: AirAsia Tawar Lebih 22,000 Tempat Duduk & Tambang Murah Tetap

Aidilfitri 2024: AirAsia Tawar Lebih 22,000 Tempat Duduk & Tambang Murah Tetap

Tambang promosi ini boleh ditempah mulai hari ini hingga 17 April 2024 menerusi laman web airasia.com dan aplikasi AirAsia MOVE.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


AirAsia meneruskan komitmen bagi membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia pulang ke kampung halaman dengan menawarkan lebih daripada 22,000 tempat duduk pada tambang rendah tetap untuk penerbangan lewat malam sempena sambutan Hari Raya antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Mulai 5 hingga 17 April 2024, anda boleh terbang ke kampung halaman dari Kuala Lumpur ke Kuching, Sibu, Bintulu, atau Miri; dan Johor Bahru ke Kuching, Sibu, atau Miri dengan tambang tetap RM298* sehala.

Selain itu, anda juga boleh terbang dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sandakan, atau Tawau, serta Johor Bahru ke Kota Kinabalu dengan tambang tetap RM348* sehala.

Tambang promosi ini boleh ditempah mulai hari ini hingga 17 April 2024 menerusi airasia.com dan aplikasi AirAsia MOVE (sebelum ini dikenali sebagai ‘airasia Superapp’).


Penerbangan Mingguan Dengan Tambang Biasa

Selain daripada 122 penerbangan lewat malam pada tambang rendah tetap untuk 11 destinasi antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak, AirAsia juga mengendalikan 735 penerbangan mingguan dengan tambang biasa** ke Sabah, Sarawak dan Labuan sebagai sokongan kepada inisiatif musim perayaan oleh kerajaan.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, “Kerajaan terus berazam untuk memudahkan perjalanan udara bagi rakyat Malaysia dengan kadar tambang yang munasabah dan berpatutan. Komitmen ini merupakan usaha kerjasama dengan pemain industri seperti AirAsia untuk memastikan kesejahteraan rakyat Malaysia.

“Justeru, saya berbesar hati menyokong inisiatif tambang tetap AirAsia untuk sambutan Hari Raya akan datang. Selain itu, pengumuman baru-baru ini mengenai kadar tambang maksimum RM599 untuk penerbangan kelas ekonomi sehala ke Sabah, Sarawak dan Labuan menjelang Hari Raya Aidilfitri merupakan langkah proaktif kami untuk memenuhi keperluan para pengembara selain menyokong inklusiviti dan tambang berpatutan.”


But, keep in mind!

Anda yang melakukan perjalanan pada musim perayaan digalakkan mendaftar masuk secara kendiri menggunakan aplikasi AirAsia MOVE (tersedia seawal 14 hari sebelum tarikh perlepasan) dan menggunakan pas masuk elektronik untuk menaiki penerbangan.

Anda juga dinasihatkan untuk tiba sekurang-kurangnya dua jam sebelum waktu perlepasan bagi penerbangan domestik untuk melengkapkan semua proses perjalanan pada tempoh puncak ini.

*Tambang tetap promosi yang dinyatakan adalah untuk perjalanan sehala sahaja termasuk cukai lapangan terbang, fi MAVCOM, caj bahan api dan caj-caj lain yang berkenaan. Tertakluk kepada terma dan syarat lain. 

**Penerbangan dengan tambang asas yang kurang daripada RM599 akan dijual pada tambang semasa. Tambang tidak boleh dikembalikan dan tertakluk kepada terma dan syarat lain. Subsidi kerajaan untuk pembelian tiket kelas ekonomi sehala melebihi RM599 dari Semenanjung Malaysia ke Sabah, Sarawak, dan Labuan adalah tersedia tiga hari sebelum Hari Raya.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd