Now Reading
“Bilangan Overstay Tertinggi” – Permohonan Visa Rakyat Malaysia Ke Australia Diperketatkan

“Bilangan Overstay Tertinggi” – Permohonan Visa Rakyat Malaysia Ke Australia Diperketatkan

Difahamkan, warga Malaysia kini dikehendaki mengemukakan lebih banyak dokumen dalam permohonan visa untuk urusan memasuki Australia.

https://twitter.com/NewsBFM/status/1763202533928178016

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Australia merupakan antara negara asing yang menjadi destinasi kegemaran rakyat Malaysia untuk melancong. Hal ini kerana negara itu kaya dengan budaya dan keindahan alam yang indah serta unik.

Namun begitu, ada juga segelintir pihak yang mengambil kesempatan dan melakukan aktiviti pekerjaan di sana tanpa permit.

Seperti sebelum ini, 34 warga Malaysia termasuklah dua individu bawah umur telah ditahan di pusat tahanan imigresen Australia kerana bekerja di ladang buah Sydney tanpa visa yang sah, lapor News Straits Times (NST).


Rakyat Malaysia Bilangan Overstay Tertinggi Di Australia

Australian High Commission kini sedang menyemak proses permohonan visa rakyat Malaysia memasuki negara itu.

Memetik BFM News, Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia Danielle Heinecke berkata hal ini disebabkan oleh bilangan ‘overstay’ tertinggi di Australia terdiri daripada rakyat Malaysia.

Malaysia mempunyai bilangan tinggal lebih masa tertinggi yang datang menggunakan visa pelancong, dan itu telah berlaku sejak sekian lama.

Danielle Heinecke.
Sumber: X (@NewsBFM)

Rakyat Malaysia Perlu Kemukakan Lebih Banyak Dokumen

Berbanding dengan terdahulu, rakyat Malaysia kini dikehendaki mengemukakan lebih banyak dokumen dalam permohonan visa untuk urusan memasuki Australia.

Danielle Heinecke menerusi satu temu bual bersama BFM News juga memaklumkan Australia sentiasa dalam usaha untuk menambah baik masa proses visa.

Sumber: X (@NewsBFM)

Dalam pada itu, Heinecke menegaskan bahawa pihaknya akan melaraskan ketetapan visa bagi memastikan mereka menyumbang kepada perkara yang mereka sasarkan iaitu mengukuhkan pautan ‘business-to-people’.

There is work to be done and it is an active conversation.

Danielle Heinecke.
Sumber: X (@NewsBFM)

Isu Berlaku Gara-gara Individu Kutip Buah Di Australia?

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen dilihat kecewa dengan makluman tersebut. Ada yang berkata perkara ini terjadi kerana sikap sesetengah warga Malaysia yang bekerja di sana tanpa permit.

“Mat kutip epal buat hal, stay sampai lima ke enam tahun tanpa permit kerja. Akibatnya, semua rakyat Malaysia kena tanggung,” ujar seorang individu.

Sementara itu, ada yang menyifatkan perkara dilakukan oleh rakyat yang ‘overstay’ di Australia telah memalukan nama negara.

Sumber: X (@NewsBFM)
Sumber: X (@NewsBFM)

Malah, ada juga yang berkata pemeriksaan pihak imigresen Melbourne sebelum waktu pandemik Covid-19 telah pun mula diperketatkan.

“Saya pergi sebelum Covid-19 pun macam-macam ditanya. Perlu pergi ke Melbourne untuk beberapa tempoh masa lebih kurang lima hari. Itinerary straightforward, hotel, mode of transportation dan return tiket confirmed. Tidak dapat bayangkan bagaimana keadaan sekarang,” kata seorang lelaki.

Sumber: X (@NewsBFM)

Baca Artikel Berkaitan: JIM Tahan Lelaki Singapura Tinggal Lebih Masa Di Malaysia Sejak 2011

Baca Artikel Berkaitan: Rakyat Malaysia Dihalau Imigresen Korea Selatan Gara-gara Mahu Bantu Adik Di Lapangan Terbang

Baca Artikel Berkaitan: Pelancong Dari Malaysia Disekat Imigresen Korea, Netizen Kongsi Tips Untuk Lepas


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd