Now Reading
Kes Lelaki Diikat & Dipukul Hingga Maut, Polis Dedah Mangsa Positif Dadah

Kes Lelaki Diikat & Dipukul Hingga Maut, Polis Dedah Mangsa Positif Dadah

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan individu terbabit memiliki 10 kes lampau melibatkan narkotik serta sedang diburu oleh pihak polis.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Berhubung kes seorang lelaki berusia 42 tahun yang dipukul sehingga maut di Taman Pelangi Dua, Kajang pada Selasa lalu (20 Februari), Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesahkan bahawa mangsa adalah positif dadah jenis methamphetamin dan ganja.

Perkara ini diketahui selepas proses bedah siasat mangsa dilakukan di Hospital Serdang pada Rabu lalu (21 Februari).

Memetik Sinar Harian, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan individu terbabit yang dikenali sebagai Shahril Samad memiliki 10 kes lampau melibatkan narkotik serta sedang diburu oleh pihak polis.

Hasil awal bedah siasat juga mendapati tiada kesan kecederaan yang ketara pada badan mangsa yang boleh membawa kepada kematian. Kita masih menunggu ujian patologi atau analisa makmal bagi menentukan sebab kematian mangsa.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.

Beberapa Individu Ditahan Untuk Bantu Siasatan

Jelas beliau lagi, dua lagi individu berusia 23 dan 40 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan dan menjadikan jumlah keseluruhan tahanan adalah sebanyak tujuh orang.

Sehingga kini, terdapat dua laporan polis yang diterima daripada dua pemilik kereta yang terlibat dalam kemalangan. Namun masih tiada laporan diterima daripada penghantar makanan yang berada dalam video tular kemalangan berkenaan.


Apa Sebenarnya Yang Berlaku?

Terdahulu, seorang lelaki telah diikat dan dipukul sehingga maut selepas dipercayai terlibat dalam kemalangan melibatkan rider penghantar makanan.

Sejurus kemalangan itu, mangsa telah dikejar oleh sekumpulan orang awam hingga ke Taman Pelangi Semenyih 2, Kajang sebelum keretanya terbabas dan melanggar pagar kawasan perumahan.

Sumber: Facebook Shah Blues

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima maklumat pada 9:20 malam mengenai kemalangan di kawasan itu.

Siasatan awal mendapati Proton Saga kelabu itu dipercayai terbabas dan melanggar pagar kawasan perumahan, manakala mangsa pula terbaring di atas jalan dengan kesan pergelangan tangan seperti diikat.

Menurutnya lagi, terdapat juga saksi di kawasan perumahan itu yang memaklumkan melihat mangsa yang terbabas, ditarik keluar dari kereta oleh sekumpulan lelaki dan tangannya dilihat diikat sebelum dipukul.

Namun apabila kenderaan Peronda Polis (MPV) tiba di lokasi, kesemua individu yang berada di tempat kejadian mula beredar.

Baca Artikel Berkaitan: Pemandu Saga Dipercayai Ditarik, Diikat, Dipukul Hingga Mati Oleh Orang Awam Di Kajang

Baca Artikel Berkaitan: Kes Lelaki Diikat & Dipukul, Keluarga Tak Sanggup Lihat Video Tular


MCMC Minta Video Tular Mangsa Dipukul Dipadam Di Media Sosial

Dalam pada itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dalam satu kenyataan telah meminta orang ramai untuk memadam dan tidak menyebarkan video mangsa yang dipukul sehingga maut itu di media sosial.

Tindakan ini dilakukan bagi menghormati keluarga mangsa yang sedang berduka atas kematian ahli keluarga mereka.

MCMC pada masa sama turut menzahirkan rasa simpati dengan kejadian yang berlaku kepada mangsa.

“Perkongsian rakaman video manga tidak hanya mengguris perasaan keluarga mangsa, malah melanggar prinsip dan etika asas dengan pengunaan grafik berkaitan kecelakaan, kemalangan dan kekerasan yang boleh menimbulkan kegelisahan penonton,” MCMC dalam kenyataan mereka.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd