Now Reading
Ismail Sabri Umum Sambung PhD, Langkah Malaysia Tangani Covid-19 Jadi Topik Tesis

Ismail Sabri Umum Sambung PhD, Langkah Malaysia Tangani Covid-19 Jadi Topik Tesis

Difahamkan, Ismail Sabri menyambung pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah pada peringkat ijazah doktor falsafah (PhD).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Amalan menuntut ilmu amatlah dituntut bagi melahirkan generasi negara yang berkualiti dan bijaksana.

Bukan itu sahaja, menimba ilmu juga terbuka buat semua lapisan masyarakat dan tidak bergantung kepada faktor usia seseorang.


Ismail Sabri Sambung Ijazah Doktor Falsafah (PhD)

Semalam (15 Februari), bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi akaun media sosial telah berkongsi khabar berita beliau kembali bergelar seorang mahasiswa.

Ismail Sabri berkata, beliau memutuskan untuk menyambung pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah pada peringkat ijazah doktor falsafah (PhD).

Dalam masa sama, bekas Naib Presiden UMNO tersebut turut memaklumkan bahawa beliau sudah menerima kad pelajarnya.

Sumber: Facebook Ismail Sabri Yaakob

Alhamdulillah hari ini (semalam) dapat kad pelajar. Rasmi, hari ini (semalam) saya jadi pelajar. Tak sangka tua-tua masih jadi pelajar. Inilah yang dikatakan belajar sepanjang hayat.

Ismail Sabri.

Langkah Malaysia Tangani Covid-19 Sebagai Topik Tesis

Memetik Berita Harian, Ismail Sabri akan melakukan tesis mengenai topik tindakan yang diambil oleh Malaysia dalam menangani wabak Covid-19.

Beliau juga difahamkan sudah membentangkan cadangan penyelidikan PhD itu kepada bekas pegawai kanannya, Kamarul Zaman Yusoff yang juga pensyarah kanan universiti itu.

Sumber: Facebook Ismail Sabri Yaakob

Kamarul Zaman juga akan menjadi penasihat tesis sepanjang pengajian beliau berlangsung.

“Tesis saya mengenai tindakan Malaysia dalam memerangi Covid-19. Malaysia diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) sebagai antara negara yang terbaik dalam memerangi Covid-19,” ujar beliau.


Harap Dunia Lihat Cara Malaysia Perangai Covid-19

Tambah beliau, tiada satu negara pun yang boleh dijadikan sebagai contoh dalam pengurusan virus berkenaan kerana ia merupakan kali pertama Covid-19 melanda dunia.

Saya berharap dunia dapat melihat bagaimana pengalaman dan tindakan Malaysia memerangi Covid-19.

Ismail Sabri.
Sumber: Malay Mail

Netizen Ucap Tahniah Kepada Ismail Sabri

Menjengah ke ruangan komen di laman Facebook, rata-rata netizen dilihat menzahirkan ucapan tahniah kepada bekas Perdana Menteri itu kerana memutuskan untuk kembali belajar.

“Tahniah Datuk Seri, semoga maju jaya. Tuntutlah ilmu selagi ada kemahuan,” kata seorang wanita.

Sumber: Facebook Ismail Sabri Yaakob

Ramai juga di kalangan orang ramai menitipkan doa buat beliau, agar segala urusan pengajian dipermudahkan olehNya.

“Semoga Allah SWT permudahkan urusan belajar dan berjaya. Ambil PhD dan dapat gelaran Dr.,” ujar seorang individu.

Sumber: Facebook Ismail Sabri Yaakob

Covid-19 Ragut Nyawa

Tidak dapat dinafikan seperti negara luar yang lain, Malaysia juga berdepan dengan krisis Covid-19 sejak pertama kali muncul pada awal tahun 2020.

Covid-19 itu bukan sahaja membuatkan imun sistem pesakit menjadi lemah, malah ia telah meragut nyawa rakyat.

Sumber: Unsplash

Sejak kemunculan pandemik tersebut, Malaysia berdepan dengan ‘lockdown’ iaitu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa kawasan berdasarkan jumlah kes positif Covid-19.

Baca Artikel Berkaitan: [Terkini] Kerajaan Laksana ‘Total Lockdown’ Bermula 1 Jun 2021 – PMO

Baca Artikel Berkaitan: More Than 400,000 Covid-19 Cases Recorded Among Children Under 18, 32-Fold Increase Compared To 2020

Baca Artikel Berkaitan: Kontak Rapat Tak Perlu Kuarantin Jika Lengkap Dos Penggalak & Tidak Bergejala


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd