Now Reading
Kontak Rapat Tak Perlu Kuarantin Jika Lengkap Dos Penggalak & Tidak Bergejala

Kontak Rapat Tak Perlu Kuarantin Jika Lengkap Dos Penggalak & Tidak Bergejala

Prosedur ini akan berkuat kuasa mulai 1 Mac 2022.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sebelum ini, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memaklumkan hanya pekerja di sektor perkhidmatan kesihatan awam tidak perlu menjalani kuarantin sekiranya mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19 dan tidak bergejala.

Kontak rapat yang berlaku tanpa disengajakan dilihat telah menyebabkan gangguan kepada sektor ekonomi dan pengurusan pekerjaan.

BACA JUGA: Tiada Lagi Kuarantin Untuk Kontak Rapat. Bermula Dengan Pekerja Kesihatan – KJ

Terbaharu, Khairy memaklumkan individu berusia 18 tahun ke atas dan mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19 serta sudah lengkap dos penggalak tidak perlu menjalani kuarantin sekiranya tidak bergejala pada hari pertama.

Sumber: Malay Mail

Walau bagaimanapun, mereka perlu menjalani ujian RTK kendiri pada hari pertama dan ketiga dari tarikh disahkan menjadi kontak rapat.

Prosedur ini akan berkuat kuasa bermula pada 1 Mac 2022.

Namun, bagi mereka yang sudah lengkap dua dos vaksinasi, bergejala dan masih tidak mengambil dos penggalak perlu menjalani kuarantin seperti biasa iaitu selama lima hari.

Sumber: Malay Mail

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd