Now Reading
Hock Tan Ungguli Barisan Ahli Lembaga Pengarah Meta

Hock Tan Ungguli Barisan Ahli Lembaga Pengarah Meta

Bekas Eksekutif, Enron John Arnold juga diumumkan menyertai Tan Hock Eng dalam Ahli Lembaga Pengarah Meta.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Baru-baru ini syarikat induk Facebook, Instagram dan WhatsApp, Meta telah mengumumkan penambahan Ahli Lembaga Pengarah baharu termasuklah Tan Hock Eng.

Untuk info, Tan Hock Eng atau Hock Tan merupakan anak kelahiran Pulau Pinang.

Saya berasa gembira dapat menyertai Lembaga Meta dan menyumbang untuk mencapai visi syarikat. Meta mempunyai peranan yang luar biasa dalam pengkomputeran generasi akan datang kerana ia mengembangkan tawaran platform dan aplikasi untuk masa hadapan. Saya tidak sabar untuk bekerja dengan Mark, pasukan yang lebih luas dan ahli Lembaga Pengarah lain dalam teknologi dan perjalanan perniagaan Meta.

Hock Tan.

Siapakah Sebenarnya Hock Tan?

Buat anda yang tidak tahu, tokoh terkenal seperti Tim Cook dari Apple, Elon Musk yang berwawasan di belakang Tesla dan Zuckerberg dari Facebook telah mendominasikan perniagaan bertaraf antarabangsa sejak dahulu.

Namun kini lain daripada jangkaan semua pihak apabila seorang rakyat Malaysia pula berada dalam senarai berprestij tersebut.

Tan atau Hock Tan ialah individu di sebalik Broadcom, sebuah syarikat teknologi global yang pakar dalam mereka bentuk dan membangunkan penyelesaian perisian semikonduktor serta infrastruktur.

Terdahulu, beliau merupakan seorang Ketua Pegawai Eksekutif dengan gaji tertinggi di Amerika. Turut menyertai Tan dalam lembaga Meta ialah bekas eksekutif Enron John Arnold.

Foto: Hock Tan dan Enron John Arnold.

Saya teruja untuk mengumumkan bahawa Hock Tan dan John Arnold menyertai lembaga pengarah Meta. Semasa kami menumpukan pada membina AGI, mempunyai pengarah dengan kepakaran mendalam dalam silikon dan infrastruktur tenaga akan membantu kami melaksanakan visi jangka panjang.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Meta Mark Zuckerberg.

Sejarah Pendidikan Hock Tan

Dilahirkan dan dibesarkan di Pulau Pinang, minat mendalam Tan terhadap teknologi dipupuk seawal usia muda. Minat itu juga mendorong beliau untuk meneruskan kerjaya dalam bidang tersebut.

Pada tahun 1971, Tan menerima biasiswa bagi melanjutkan pelajaran di Massachusetts Institute of Technology (MIT). Dengan peluang berkenaan, beliau memulakan perjalanan ke Amerika Syarikat, di mana Tan memulakan lembaran baru dalam kehidupan.

Pada tahun 1975 pula, Tan telah menamatkan pengajiannya di MIT dengan ijazah Sarjana Muda Sains dalam kejuruteraan mekanikal. Dalam tahun itu juga, beliau turut memperoleh ijazah Sarjana dalam bidang yang sama.

Tan meneruskan tugas sebagai jurutera penyelidik di Union Carbide dalam tempoh masa yang agak singkat. Disebabkan kekangan masa, beliau menyedari bahawa perjalanan pendidikan masih belum lengkap. Oleh itu, beliau mendaftar di Harvard Business School dan berjaya memperoleh ijazah MBA sekitar tahun 1979.

Tan juga memperoleh ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dari National University of Singapore, di mana beliau mengasah kemahiran teknikal dan meletakkan asas untuk kejayaan masa depan beliau.


Kepakaran Terbaik Dalam Bidang Kejuruteraan

Selepas menamatkan pendidikan, Tan memulakan perjalanan profesional dengan menyertai Singapore’s Chartered Semiconductor Manufacturing pada tahun 1985.

Beliau telah menunjukkan prestasi yang mengagumkan menerusi kepakarannya dalam kejuruteraan dan pengurusan. Pada tahun 1996, beliau menyertai Broadcom sebagai salah seorang pekerja terawal. Ia juga menandakan permulaan tempoh perkhidmatan yang luar biasa dengan syarikat tersebut.

Tan juga memegang pelbagai jawatan penting dalam Broadcom, termasuk Naib Presiden Kejuruteraan, Naib Presiden Kanan, dan Presiden perniagaan komunikasi jalur lebar syarikat dalam masa beberapa tahun.

Kualiti kepimpinan yang luar biasa dan pandangan strategik mendorong beliau untuk memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Broadcom pada tahun 2006.


Broadcam Terima Pelbagai Anugerah Industri

Di bawah kepimpinan Hock Tan, Broadcom meraih kejayaan mengagumkan termasuklah anugerah industri untuk inovasi dan kecemerlangan.

Broadcom yang terkenal sebagai pembekal antarabangsa bagi teknologi semikonduktor, berpangkalan di California memperoleh sejumlah $103.2 juta dolar AS pada 2017.

Di samping tanggungjawab beliau di Broadcom, Tan juga mengambil bahagian secara aktif dalam organisasi dan inisiatif industri.

Seorang bapa kepada dua anak dewasa autisme, Tan melibatkan diri dalam kedermawanan dan bermurah hati menderma berjuta-juta dolar untuk penyelidikan autistik bagi sepanjang tahun.

Pada tahun 2020, Tan dan isterinya Lisa Yang yang berasal dari Singapura dan bekerja sebagai jurubank pelaburan di Wall Street telah menghulurkan sumbangan luar biasa sebanyak $28 juta dolar kepada MIT.

Sumbangan itu khusus untuk penubuhan Yang-Tan Center for Molecular Therapeutics dalam Neurosains.

Sebelum ini, mereka juga membuat sumbangan besar sebanyak $20 juta dolar kepada Sekolah Perubatan Harvard yang memainkan peranan penting dalam penciptaan Tan-Yang Center for Autism Research.

Selain itu, Tan dan Yang juga menunjukkan komitmen mereka dalam menyokong ‘charities’.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd