Now Reading
Ini Cara-cara Umat Islam Hargai Momen Bersejarah Peristiwa Israk Mikraj

Ini Cara-cara Umat Islam Hargai Momen Bersejarah Peristiwa Israk Mikraj

Umat Islam juga boleh berzikir pada hari Israk Mikraj di mana zikir berkenaan telah diajarkan oleh Nabi Ibrahim kepada Nabi Muhammad SAW ketika baginda sampai ke langkit ketujuh.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, hari peristiwa Israk Mikraj pada tahun 2024 disambut pada hari ini (8 Februari). Malah, sesetengah negeri juga turut memperuntukkan hari cuti pada hari berkenaan, iaitu negeri Kedah, Negeri Sembilan, Perlis, dan Terengganu.


Peristiwa Israk Mikraj

Buat umat Islam yang mungkin tidak mengetahui, Israk Mikraj adalah peristiwa penting dalam Islam yang menggambarkan perjalanan malam Nabi Muhammad SAW bermula dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis, dan kemudiannya naik ke langit untuk bertemu dengan Allah SWT.

Nabi Muhammad SAW telah naik ke langit (satu per satu) untuk berjumpa dengan para Nabi sebelum baginda. Di mana setiap langit yang dinaiki, ada cerita unik di sebaliknya. Sebab itulah peristiwa Israk Mikraj ini dipenuhi dengan makna dan pelajaran tentang keimanan dan ketekunan.


Amalan-amalan Pada Hari Israk Mikraj

Seperti tarikh-tarikh penting dalam kalendar Islam juga, Israk Mikraj juga disunatkan untuk mengambil peluang untuk melibatkan diri dengan amalan-amalan yang memberikan pahala berganda.

#1. Solat Sunat & Berzikir

Gambar sekadar hiasan.

Amalan pertama yang paling penting adalah solat sunat. Ia adalah salah satu cara untuk umat Islam memperingati perjalanan Nabi Muhammad SAW untuk merenung lebih mendalam tentang pengalaman baginda.

Tambahan pula, amalan berzikir dan berdoa ini adalah untuk meningkatkan ketenangan diri dan mengetahui lebih lagi tentang keagungan Yang Maha Esa.

#2. Dengar Ceramah/Tazkirah

Selain itu, pada hari peristiwa Israk Mikraj juga disarankan untuk umat Islam mendengar ceramah/tazkirah mengenai kisah perjalanan Nabi Muhammad SAW dan juga pelajarannya.

#3. Baca & Kaji Lebih Tentang Kisah Israk Mikraj

Bagi menambah ilmu agama seseorang itu tentang hari peristiwa Israk Mikraj ini, umat Islam juga boleh membaca dan mengkaji lebih lanjut untuk mendalami apa yang berlaku sepanjang perjalanan Nabi Muhammad SAW pada malam hari tersebut.

Malah, dengan cara ini ia akan mendekatkan diri seseorang dengan ajaran agama.

#4. Berbakti Kepada Ahli Keluarga

Pada hari Israk Mikraj, umat Islam disarankan untuk berbakti kepada ahli keluarga dengan cara apa sekalipun. Anda boleh mendoakan mereka (yang telah meninggal dunia) ataupun anda boleh membantu ahli keluarga yang berada dalam kesusahan.

#5. Muhasabah Diri

Umat Islam boleh refleksikan diri tentang perjalanan hidup seseorang yang telah dikecapi. Ini adalah waktu terbaik untuk anda perbaharui niat dan komitmen terhadap memiliki kehidupan lebih baik dari yang sebelumnya.

Dan jangan bimbang, setiap amalan seseorang itu meskipun kecil, ia membawa makna besar dalam kehidupan umat Islam itu.


Zikir Malam Israk Mikraj

(Kredit: Malay Mail)

Untuk makluman, zikir yang pernah diajarkan oleh Nabi Ibrahim untuk Nabi Muhammad SAW ketika baginda mengalami peristiwa Israk Mikraj iaitu saat baginda berada di langit ke-7 adalah:

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ (La hawla wala quwwata illa billah)

Zikir ini membawa maksud: “Tidak ada daya dalam menjauhi maksiat dan tidak ada upaya menjalankan ketaatan melainkan dengan pertolongan Allah SWT.”


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd