Now Reading
Tun Daim Selesai Bayar Ikat Jamin RM280,000

Tun Daim Selesai Bayar Ikat Jamin RM280,000

Sebelum ini, Daim Zainuddin didakwa mengikut Seksyen 36(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 iaitu kesalahan tidak mendedahkan aset seperti mana dikehendaki oleh agensi berkenaan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tun Daim Zainuddin selaku Bekas Menteri Kewangan dilaporkan telah selesai membayar ikat jamin berjumlah RM280,000 seperti yang ditetapkan oleh Mahkamah Sesyen. Beliau selesai membayar ikat jamin pada jam 11.24 pagi, lapor Berita Harian.

Baca Artikel Berkaitan: Daim Zainuddin Mengaku Tak Bersalah Gagal Isytihar Harta, Ini Profil Ringkas Bekas Menteri Kewangan

Daim, atau nama sebenarnya Che Abdul Daim Zainuddin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tidak mematuhi notis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pengisytiharan 70 aset hartanya.

Pertuduhan telah dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azura Alwi.

Menurut kertas pertuduhan, Daim didakwa dengan sengaja memberikan satu pernyataan bertulis dengan bersumpah tidak mematuhi terma notis bertarikh 8 November 2023 yang dihantar kepada beliau oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berpangkat Pesuruhjaya pada 14 November 2023 iaitu dengan tidak mengisytiharkan harta.

Kesalahan tersebut telah dilakukan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya pada 13 Disember 2023 mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda hingga RM100,000, jika sabit kesalahan.


Senarai Harta Milik Che Abdul Daim bin Haji Zainuddin Yang Tidak Diisytihar

MACC mengatakan Daim gagal mendedahkan dua akaun:

  1. Amanah Saham Nasional Berhad (ASB)
  2. Amanah Saham Nasional (ASN)

Kenderaan:

  1. Mercedes Benz 600 SEL
  2. Mercedes Benz 450 SEL
  3. Mercedes Benz 450 SLC
  4. Jaguar XJS HE
  5. Rolls Royce 2 Axle Rigid Body
  6. Austin Morris Austin
  7. Ford Prefect

38 syarikat

Ibu Kota Developments Sdn Bhd
Maya Seni Holdings Sdn Bhd
Menara Ampang Sdn Bhd
Dream Cruiser Sdn Bhd
Landbelt Corporation Sdn Bhd
Kenari Teliti Sdn Bhd
Fnq Advanced Materials Sdn Bhd
Kota Tandop Development Sendirian Berhad
Alun-Alun Resort (M) Sdn Bhd
Dasar Seroja Sdn Bhd
Gigantic Promotions Sdn Bhd
Jupiter Alliance Sdn Bhd
Inayat Realty Sdn Bhd
Suasa Urus Sdn Bhd
Avillion Berhad
Meridian Haven Sdn Bhd
Avillion Vista Hotel Sdn Bhd
Vast Access Sdn Bhd
Fortune Valley Sdn Bhd
Reliance E-Com Sdn Bhd
Admiral Marina Berhad
Golden Envoy (M) Sdn Bhd
Mela Lifestyle Sdn Bhd
AVI SPA Sdn Bhd
Avillion Hotel Group Sdn Bhd
RPB Capital Holdings Sdn Bhd
Genius Field Sdn Bhd
Festive Place Sdn Bhd
Avillion Suite Hotel (PD) Sdn Bhd
Taman Unik Sdn Bhd
Admiral Cove Development Sdn Bhd
Nesline Sdn Bhd
RPB Development Sdn Bhd
OS Resources Sdn Bhd
Avillion Hotel (Kl) Sdn Bhd
Avillion Hotels International Sdn Bhd
Admiral Hill Hotel Sdn Bhd
Reliance Shipping & Travel Agencies (Perak) Sdn Bhd

25 hartanah

KUALA LUMPUR

Satu unit di Ritchie Condo
Satu lot di Persiaran Ritchie
Satu unit di Jalan Taman U-Thant
Satu unit di Jalan Wirawati, Taman Maluri
Dua unit di Fasa 4D, Wangsa Melawati
Rumah di Wisma Dani, 1, Jalan Jejaka 4, Maluri
Sebuah rumah berhampiran Jalan Kampung Pandan, Kampung Pandan
Ome unit at Jalan Kolam Air, Taman Melawati
Satu unit di Desa Kuda Lari, TK 1-A150 3
Satu lagi unit di Persiaran Ritchie, Desa Pahlawan
Rumah Socfin – Istana Putih
Tanah berhampiran Taman Maluri, Cheras
Rumah berhampiran Kondominium Cinta, Jalan Madge Off Jalan U-Thant
A suite in Menara Mutiara Bangsar 8, Jalan Liku Off Jalan Bangsar

SELANGOR

Tanah berhampiran Taman Dagang Ampang
Satu lot di Menara Ampang, No 149, Jalan Ampang
Double Storey Semi D, Phase 5B, Bukit Saujana, Ijok

PAHANG

Dua lot di Puncak Dani & Dani Lodge Gohtong Jaya Genting Highlands
Rumah Rompin, Bukit Fraser, Bukit Fraser
Avillion Cameron Highlands, C-3-1 Jalan Camelia, Tanah Rata, Cameron Highlands

KEDAH

Dua lot tanah di Mukim Bujang Daerah Kuala Muda

NEGERI SEMBILAN

Avillion Port Dickson, 3rd Mile, Jalan Pantai, Port Dickson
Avillion Admiral Cove, 5½ Mile, Jalan Pantai, Port Dickson
Admiral Marina & Leisure Club, 5 1/2 Miles Jalan Pantai, 71050, Si Rusa

PERAK

AVI Pangkor Beach Resort, PT1130, Jalan Pasir Bogak, Pangkor


Majlis Penasihat Terkemuka

Apabila Dr. Mahathir kembali memimpin negara untuk kali kedua selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada tahun 2018, beliau menubuhkan sebuah majlis lima anggota yang terdiri daripada penasihat-penasihat untuk membantu mengemudi “kerajaan baru ke arah yang betul”.

Daim adalah salah seorang ahli, kerana beliau pernah menjadi menteri kewangan semasa penggal pertama Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Empat lagi ahli majlis tersebut adalah bekas Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Abdul Aziz, bekas Presiden Petronas Tan Sri Hassan Marican, ahli hartanah Tan Sri Robert Kuok, dan ekonom Jomo Kwame Sundaram.

Baca Artikel Berkaitan: Daim Zainuddin’s Wealth Is Everyday Kedai Kopi Conversation, But How Did He Get There?


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd