Now Reading
2 Aktivis Simbah Sup Labu Pada Potret Terkenal Mona Lisa Di Muzium Louvre Paris

2 Aktivis Simbah Sup Labu Pada Potret Terkenal Mona Lisa Di Muzium Louvre Paris

Kejadian membaling sup labu pada lukisan Mona Lisa berlaku ketika petani di Perancis membuat bantahan bagi menuntut harga lebih tinggi, cukai lebih rendah dan peraturan lebih longgar.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bagi seorang pelukis, karya seni yang dihasilkan amatlah tinggi nilainya lebih-lebih lagi jika ia telah diperlihara sejak bertahun-tahun lalu.

Walau bagaimanapun, karya seni hasil titik peluh pelukis tersohor dunia Leonardo da Vinci baru-baru ini dilaporkan hampir rosak akibat tindakan dua orang individu tidak bertanggungjawab.


Penunjuk Perasaan Baling Sup Labu Ke Arah Lukisan Mona Lisa

Semalam (28 Januari), dua penunjuk perasaan telah bertindak membaling sup labu ke arah lukisan terkenal dunia, Mona Lisa di Muzium Louvre Paris.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika petani di Perancis membuat bantahan di seluruh negara bagi menuntut harga lebih tinggi, cukai lebih rendah dan peraturan lebih longgar buat golongan mereka.

Apa yang lebih penting? Seni atau hak untuk memiliki sistem makanan yang sihat dan mampan? Sistem pertanian teruk, petani kita mati di tempat kerja.

Aktivis.

Memetik New York Post, dua petani itu merupakan ahli kumpulan aktivis yang dipanggil sebagai Riposte Alimetaire atau Food Response. Kumpulan terbabit turut mengeluarkan kenyataan yang berkata aksi tersebut bertujuan untuk menunjukkan kepentingan melindungi alam sekitar.

Sumber: TikTok (@9news)

Menteri Kebudayaan Kritik Kelakuan Aktivis Yang Membaling Sup Labu

Sementara itu, Menteri Kebudayaan Perancis, Rachida Dati menerusi ciapan di laman X (Twitter @datirachida) juga mengkritik kelakuan tidak bertamadun oleh kedua-dua aktivis berkenaan.

“Mona Lisa adalah warisan kami dan milik generasi akan datang. Tiada sebab yang boleh membenarkan ia menjadi sasaran,” jelasnya.

Sumber: X

Potret Mona Lisa Tidak Rosak

Semasa insiden itu berlaku, kakitangan keselamatan Louvre segera campur tangan bagi menghentikan aksi mogokan tersebut, lapor CNN.

Satu kenyataan dari Louvre berkata bahawa Salle des Etats iaitu tempat Mona Lisa dipamerkan telah dipindahkan selepas demonstrasi dan ditutup selama sejam semasa pembersihan dijalankan.

Lokasi berkenaan kemudian dibuka semula kepada pengunjung sekitar tengah hari pada hari yang sama.

Dalam pada itu, muzium tersebut mengesahkan tiada sebarang kerosakan berlaku pada lukisan tersebut kerana ia dipamerkan di sebalik pelindung kaca perisai.


Aktivis Mengaku Bersalah

Susulan insiden mengejutkan itu, pihak polis berkata mereka telah menahan dua orang aktivis atas dakwaan vandalisme dan menimbulkan kekacauan.

Mengulas lanjut, kumpulan Riposte Alimetaire turut mengaku bersalah dan bertanggungjawab ke atas kejadian yang berlaku. Jelas mereka, balingan sup itu menandakan permulaan kempen penentangan awam dengan tuntutan jelas terhadap sekuriti sosial makanan mampan.

Mereka merujuk kepada tinjauan Ipsos ke atas 996 orang individu tahun lalu di mana satu daripada tiga orang Perancis tidak mampu membeli makanan sihat dengan mencukupi.

Salah seorang ahli kumpulan tersebut, Till Van Elst berkata mereka mahu negara berkenaan membenarkan orang ramai membeli barangan makanan terpilih pada kadar lebih rendah melalui kad keselamatan sosial khusus.

“Kami mahu rakyat boleh menetapkan apa yang ada dalam pinggan mereka,” katanya kepada AFP.


Info Tentang Lukisan Mona Lisa

Lukisan Mona Lisa amat popular di serata dunia kerana hasil seninya yang memaparkan lukisan itu seolah-olah seperti bernyawa.

Mona Lisa merupakan antara lukisan potret pertama yang menggambarkan model di depan landskap bayangan pelukis. Manakala Leonardo merupakan antara pelukis yang pertama menggunakan perspektif udara dalam lukisan.

Kalau anda nak tahu, Mona Lisa juga adalah salah satu lukisan paling berharga di dunia dan memegang rekod Guinness World Record untuk penilaian insurans tertinggi iaitu sebanyak 100 juta dolar pada tahun 1962 dan sekitar 1 bilion dolar hari ini.

Sumber: Unsplash

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd