Now Reading
Umur 81 Tahun Tak Halang Nenek Jadi Pro ‘Gamer’

Umur 81 Tahun Tak Halang Nenek Jadi Pro ‘Gamer’

Maria Elena Arevalo dari Chile berkata dia mula bermain permainan video Free Fire untuk menghilangkan kesunyian akibat pemergian suaminya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kebiasaannya, permainan video atas talian digemari oleh golongan muda tidak kira lelaki atau pun perempuan. Bak kata mereka, ia dapat menghilangkan stres selain menjadi hiburan di kala sedang berada dalam kebosanan.

Namun begitu, ada juga di kalangan golongan yang lebih berusia turut ‘enjoy’ dengan hiburan terkenal pada abad ke-21 ini.


Nenek Usia 81 Tahun Luang Masa Main Permainan Atas Talian

Namun pemain permainan video atas talian Free Fire pasti tidak menyangka apabila salah seorang lawan mereka yang ‘ganas’ serta licik adalah seorang warga emas berusia 81 tahun.

Maria Elena Arevalo yang menetap di perkampungan kecil sekitar Santiago, Chile itu merupakan seorang wanita lembut dari segi tutur katanya. Namun apabila tiba sahaja waktu bertarung dalam Free Fire, Arevalo bertukar menjadi ‘pemburu’ yang kuat bersaing bagi menewaskan pemain lain.

Sambil duduk atas kerusi permainan profesional di rumah, dia ‘berperang’ dengan jutaan pemain agar terus hidup di sebuah pulau khayalan terpencil.

Difahamkan, Arevalo juga akan menyarungkan sehelai apron setiap kali bermain selain menggunakan nama watak ‘Mami Nena’ sebagai panggilan buat dirinya.

Memetik Harian Metro, nama Mami Nena itu adalah gelaran dipanggil oleh cucu tunggalnya, Hector Carrasco yang berusia 20 tahun.

Sumber: HolaSoyMamiNena

Main ‘Game’ Untuk Rawat Kesunyian Akibat Kehilangan Suami

Kalau anda nak tahu, Carrasco adalah insan yang memperkenalkan dunia permainan digital kepada neneknya. Ia turut memberikan permulaan baru kepada Mami Nena yang berasa kesunyian selepas kematian suaminya pada empat tahun lalu.

Saya pada awalnya tidak tahu apa itu tetikus. Selepas itu, saya teruja. Saya berasa lebih baik kerana saya tidak terlalu memikirkan mengenai mendiang suami saya lagi. Pada mulanya, saya tidak mahu ‘mencederakan’ sesiapa tetapi lama-kelamaan saya puas.

Mami Nena.

Selepas tiga tahun meluangkan masa dengan bermain Free Fire, Arevalo berkata dia tidak lagi berasa kesunyian, lapor VOA News.


Arevalo Ada Pengikut Banyak Di Media Sosial

Malah selepas beberapa tahun berkecimpung dalam dunia permainan, Arevalo kini boleh berbangga kerana sudah bermain di peringkat ‘Heroic’. Untuk info, Heroic merupakan tangga kedua sebelum ke peringkat tertinggi iaitu Grandmaster yang hanya melibatkan sejumlah 300 pemain.

Bukan itu sahaja, usianya yang lanjut juga tidak menjadi penghalang kepada wanita itu untuk kekal aktif bagi menunjukkan kemahiran bermain terutamanya di media sosial.

Arevalo mempunyai empat juta pengikut menerusi laman TikTok dan hampir mencecah 650,000 di YouTube yang menjadi platform berkongsi tips dengan rakan pemain.


Arevalo Termasuk Dalam Senarai 100 Warga Emas Terpenting Di Chile

Pada tahun 2022, Arevalo telah melawat bandar Mexico sebagai duta Free Fire untuk sambutan ulang tahun permainan tersebut.

“Semua kanak-kanak meminta saya untuk autograf, ia sangat indah. Pada hari saya mati, saya akan membawanya bersama saya,” ujar Mami Nena.

Baru-baru ini, Arevalo juga dinamakan sebagai salah satu daripada 100 warga emas Chile yang paling penting oleh akhbar El Mercurio dan Pontifical Catholic University of Chile. Hal ini kerana Arevalo dikatakan membantu memecahkan stereotaip umur dalam kalangan masyarakat.

Dengan pencapaian mengagumkan itu, Carrasco turut meluahkan rasa kagum dengan neneknya yang kini terkenal.

“Ia sememangnya hebat. Saya rasa dia (Arevalo) seperti kawan baik saya,” kata cucu Arevalo.


Tips Hilangkan Kesunyian

Berasa sunyi merupakan satu keadaan biasa yang dilalui oleh seseorang. Selalunya, masalah kesunyian boleh diatasi sekiranya anda berjumpa dengan orang lain, namun ada juga kes di mana sebaliknya yang terjadi.

Walaupun sudah bergaul dan berinteraksi bersama individu lain, anda masih berasa sunyi dan ia berisiko membawa kepada penyakit mental.

Memetik Hello Doktor, Pakar Psikologi David Narang menjelaskan kesunyian tiada kaitan dengan jumlah kenalan dalam hidup tetapi ia lebih kepada aspek hubungan emosi. Satu kajian yang dijalankan pada tahun 2020 juga mendapati bahawa 61% daripada 10,000 individu di Amerika Syarikat berasa sunyi. 

Bagi mengatasi perkara itu terjadi, di sini kami kongsikan beberapa tips untuk menghilangkan rasa sunyi yang terpendalam dalam diri masing-masing. Antaranya:

  • Jangan hidup berseorangan dan cari individu lain untuk bersosial.
  • Keluar dari rumah dan menikmati keindahan alam semula jadi.
  • Meluahkan perasaan terpendam melalui penulisan di platform tertentu.
  • Sertai kelas atau aktiviti berkumpulan seperti organisasi sukarelawan.
  • Sentiasa fikir tentang mereka yang menyayangi anda seperti ahli keluarga.
Gambar sekadar hiasan. Sumber: Pexels

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Di Jepun Buat 2,761 Panggilan Palsu Kerana Sunyi

Baca Artikel Berkaitan: Luahan Tentang Cabaran & Ganjaran Kerjaya Dari Kaca Mata Seorang Jururawat

Baca Artikel Berkaitan: Malaysia’s Love For Gaming Is Worth Billions And It’s Time To Pay Attention


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd