Now Reading
Jangan Kenyit Mata, Please – Badan Peguam Malaysia Beri Peringatan Tata Kelakuan

Jangan Kenyit Mata, Please – Badan Peguam Malaysia Beri Peringatan Tata Kelakuan

Duduk di meja orang lain tanpa sebab juga dianggap sebagai tingkah laku yang tidak sesuai.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Dalam pekeliling yang dikeluarkan oleh Badan Peguam Malaysia pada minggu lalu, perbuatan mengenyit mata merupakan tingkah laku yang tidak wajar dalam profesion undang-undang.

Pekeliling bertajuk “Sexual Harassment in the Legal Profession” menyenaraikan tiga bentuk gangguan iaitu:

  1. Menawarkan faedah untuk nikmat seksual.
  2. Perbuatan seksual yang tidak diingini.
  3. Perbuatan seksual secara paksaan.

Kalau Menyeyit Mata Pula Bagaimana?

Menurut Badan Peguam Malaysia, dalam profesion undang-undang, komen, gerak isyarat atau sentuhan fizikal rakan sekerja tidak sesuai yang menimbulkan ketidakselesaan walaupun secara berseloroh adalah dianggap tidak sesuai.

Ini termasuk gerak isyarat yang tidak senonoh seperti mengenyit mata atau isyarat tangan.

Ia juga dianggap tidak sesuai jika seseorang mengulas tentang penampilan orang lain. Perlu diingatkan juga bahawa komen tersebut tidak semestinya bersifat penghinaan.

Kelakuan lain yang tidak sesuai ialah ‘wolf whistles’ (bersiul), menghalang laluan orang lain, menepuk kepala seseorang dan duduk di meja orang lain tanpa sebab.

Bentuk gangguan yang lebih jelas ialah jika seseorang itu (meskipun hanya bergurau) menawarkan kenaikan pangkat, perhubungan (connection) atau jaminan pekerjaan kepada rakan sekerja sebagai balasan untuk bantuan yang pernah dihulurkan sebelum ini.

Cubaan membalas dendam di tempat kerja antaranya mengancam atau menakut-nakutkan individu dengan apa yang tidak diinginkannya. Ini termasuk perbuatan yang tersurat atau tersirat seperti membuang kerja, turun pangkat atau merosakkan imej profesional seseorang, jika mereka menolak sesuatu permintaan yang tidak berpatutan.

Malaysian Bar.

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd