[Video] Pemimpin Parti Pembangkang Korea Selatan Ditikam Di Hadapan Puluhan Wartawan
Ketua Parti Demokratik Korea Selatan, Lee Jae-myung telah ditikam di bahagian kiri leher oleh seorang lelaki dipercayai berusia 66 tahun.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sebagai individu yang berpengaruh dan dikenali ramai, tahap keselamatan seseorang itu perlu ditingkatkan kerana bimbang jika diancam dengan perkara yang membahayakan.
Baru-baru ini, pemimpin parti pembangkang Korea Selatan iaitu Lee Jae-myung telah berdepan detik mencemaskan sekitar jam 10:27 pagi hari ini (2 Januari) ketika menghadiri sidang media di bandar pelabuhan Busan, Seoul.
Memetik sumber Yonhap, pemimpin tersebut telah diserang oleh seorang lelaki ketika sedang berjalan sambil dikerumuni wartawan.
Keadaan mula bertukar panik apabila Jae-myung yang berusia 59 tahun itu telah ditikam oleh suspek yang didakwa mahu meminta autograf Ketua Parti Demokratik itu yang sedang bergerak ke arah keretanya.
Difahamkan penyerang berkenaan telah menggunakan alatan tajam yang kelihatan seperti pisau untuk mencederakan ahli politik tersebut.
Penyerang yang memakai topi kertas tertera nama ‘Jae-myung’ pula telah ditangkap oleh anggota polis sejurus kejadian itu berlaku.
Rakaman video ketika insiden berkenaan juga tular di media sosial selepas dimuat naik oleh beberapa pengguna di laman X (Twitter).
Video showing how,South Korea opposition leader, lee Jae – Myung was attacked during his visit in Busan. pic.twitter.com/8mYRIwPj3I
— Prince (@mcyrus2005) January 2, 2024
Knives against South Korean government opposition leader Lee Jae-myung was wounded in the neck
— S p r i n t e r (@Sprinter99800) January 2, 2024
South Korean media announced that an unknown person attacked Lee Jae-myung, the head of the Democratic Party, the main opposition party and the former candidate for the presidential… pic.twitter.com/ukiHGePq8e
Jae-myung Perlu Berdepan Pembedahan Kecemasan
Sejurus insiden itu, Jae-myung jatuh rebah dan ramai pihak yang datang membantu termasuklah seorang lelaki yang menutup bahagian leher yang ditikam menggunakan kain sapu tangan.
Pemimpin yang mengalami pendarahan di bahagian kiri leher itu kemudiannya digegaskan ke Pusan National University Hospital menggunakan ambulans dalam keadaan beliau masih sedar bagi merawat luka tikaman sedalam satu sentimeter.
Tidak lama selepas itu, beliau dibawa menaiki helikopter untuk dipindahkan ke Seoul National University Hospital bagi menjalani pembedahan kerana dipercayai mengalami luka yang teruk di bahagian urat leher.
Suspek Kini Dalam Siasatan Pihak Polis
Pihak polis mengesahkan bahawa suspek adalah seorang lelaki berusia 66 tahun dengan nama keluarga (surname) Kim.
Hasil siasatan mendapati bahawa suspek telah membeli sebuah pisau sepanjang 18 sentimeter secara atas talian.
Buat masa ini, lelaki dikenali sebagai Kim itu berada dalam siasatan jika dia terlibat dengan mana-mana parti politik.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.