Now Reading
Pelakon Utama ‘Parasite’ Lee Sun Kyun Meninggal Dunia & Ditemui Dalam Kereta

Pelakon Utama ‘Parasite’ Lee Sun Kyun Meninggal Dunia & Ditemui Dalam Kereta

Lee merupakan pelakon terkenal di Korea Selatan selama beberapa dekad sebelum lebih dikenali secara global menerusi filem ‘Parasite’ dan beberapa drama lain seperti Coffee Prince, Pasta, My Mister dan juga Behind The White Tower.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pelakon utama filem Parasite, Lee Sun-Kyun dilaporkan meninggal dunia di dalam sebuah kereta pada jam 10.30 pagi, 27 Disember 2023.

Perkara itu dimaklumkan oleh pasukan kecemasan Korea Selatan, selepas pelakon terkenal itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah kawasan tempat letak kereta yang tidak dinyatakan di Seoul.


Temui Nota Daripada Lee

Sebelum ini media Korea Selatan termasuk agensi berita Yonhap melaporkan pihak polis sedang mencarinya apabila terdapat ahli keluarga Lee memaklumkan dia keluar dari rumah selepas meningalkan nota yang memberi bayangan seperti ingin membunuh diri.

Memetik laporan oleh AP, tidak lama kemudiannya laman agensi Yonhap memaklumkan seorang lelaki telah ditemukan di Seoul Park sebelum polis mengesahkan ia adalah Lee. Selain itu, ketulan arang batu turut ditemukan di bahagian tempat duduk penumpang kenderaan tersebut.


Pernah Terlibat Dengan Penyalahgunaan Dadah

Memetik laporan Korean Times, terdahulu Lee telah disoal siasat oleh pihak polis sebanyak tiga kali selepas dia disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah jenis ganja di rumah seorang pelayan wanita yang bekerja di sebuah bar mewah di Gangnam, Seoul. Lee mendakwa dia telah ditipu oleh pihak tuan rumah untuk mengambil dadah dan dia tidak mengetahui apa yang diambilnya.

Lee bagaimanapun disahkan negatif menerusi kedua-dua ujian reagen dan ujian dadah berasaskan makmal yang dilakukan polis serta Perkhidmatan Forensik Kebangsaan pada bulan. Malah dia baru-baru ini, telah memohon kepada Agensi Polis Metropolitan Incheon untuk menjalani ujian pengesanan pembohongan (poligraf).


Untuk maklumkan Lee merupakan pelakon terkenal di Korea Selatan selama beberapa dekad sebelum lebih dikenali secara global menerusi filem ‘Parasite’. Selain filem ‘Parasite’ dia juga turut berlakon dalam beberapa drama seperti Coffee Prince, Pasta, My Mister dan juga Behind The White Tower.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd