Now Reading
3 Kilang Terbakar Di Batu Caves, Seorang Pekerja Melecur

3 Kilang Terbakar Di Batu Caves, Seorang Pekerja Melecur

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan tetapi seorang mangsa berusia 50an yang merupakan pekerja di kilang cat telah melecur di bahagian tangan dalam kejadian kebakaran di Batu Caves itu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Terbaharu, satu tragedi kebakaran telah menggemparkan penduduk berhampiran selepas kepulan asap tebal berwarna hitam menyelubungi udara sekitar jam 11:49 pagi hari ini (20 Disember).

Memetik laporan Buletin TV3, Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Zulfikar menjelaskan insiden terbabit melibatkan tiga buah kilang di Jalan Perusahaan 2, Kawasan Perusahaan Batu Caves.

Susulan itu, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang telah bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan dari orang ramai.

Bantuan turut diterima daripada BBP Wangsa Maju, Rawang, Damansara, Sungai Buloh, Hang Tuah dan Ampang dalam usaha mempercepat proses memadam kebakaran membabitkan tiga kilang.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Zulfikar.
Sumber: Sinar Harian

Kebakaran itu bermula di sebuah kilang cat sebelum ia merebak ke kilang berhampiran.

Kilang cat musnah hampir 90%, kilang alat ganti musnah 20% dan kilang pembungkusan musnah 20%.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Zulfikar.

Api kebakaran telah berjaya dikawal oleh anggota bomba sekitar jam 1 petang tadi.

Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan tetapi seorang mangsa berusia 50an yang merupakan pekerja di kilang cat telah melecur di bahagian tangan.


Orang Ramai Sempat Rakam Video Dan Gambar Kepulan Asap Kebakaran

Kepulan asap dari kebakaran di Batu Caves itu juga boleh dilihat dari jarak jauh sehingga ke kawasan sekitar Wangsa Maju dan Titiwangsa.

Sumber: Facebook Mohd Epy Azrai

Beberapa video menunjukkan situasi tersebut telah dimuat naik dan tular di media sosial.

Ketika kejadian berlaku, ramai yang tertanya-tanya tentang lokasi kebakaran tersebut dan punca ia terjadi.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd