Now Reading
[Video] Banduan Panjat Pagar Penjara Kini Jadi Buruan Polis Di Sabah

[Video] Banduan Panjat Pagar Penjara Kini Jadi Buruan Polis Di Sabah

Pihak Polis Sabah memaklumkan banduan yang telah meloloskan diri dari Lokap Berpusat Kepayan adalah seorang lelaki dikenali sebagai Nazri Hassan berusia 33 tahun.

banduan lolos penjara sabah (1)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila seseorang disabitkan kesalahan mengikut undang-undang, antara hukuman mereka adalah dimasukkan ke dalam penjara bagi beberapa tempoh yang ditetapkan.

Meskipun kawasan penjara dikawal ketat, namun ada juga sesetengah banduan yang akan mencuba pelbagai cara untuk meloloskan diri mereka daripada tempat itu seperti mana yang berlaku baru-baru ini di Sabah.


Banduan Di Sabah Panjat Pagar Penjara

Terbaharu, tular satu video dimuat naik semula di laman Instagram (@kosmo_online) menunjukkan situasi yang berlaku ketika seorang anggota petugas lokap sedang menguruskan pergerakan tiga orang banduan lelaki.

Semasa petugas itu menuju keluar dari pintu dan meninggalkan banduan-banduan berkenaan, salah seorang daripada mereka telah bertindak memanjat ke arah atas pagar penjara dan berjaya meloloskan diri.

Selepas menyedari perkara yang berlaku, petugas itu dilihat berada dalam keadaan gelabah dan segera mengasingkan dua orang banduan lain sebelum keluar semula dari lokap untuk melaporkan kejadian terbabit.

Dalam video tersebut, kesemua banduan itu dipercayai tidak dipakaikan gari pada kedua-dua tangan mereka.


Pihak Polis Sabah Kini Sedang Buru Banduan Tersebut

Memetik sumber laporan Kosmo, kejadian tersebut berlaku di Lokap Berpusat Kepayan, Sabah pada Sabtu lalu (16 Disember) sekitar jam 12:30 tengah hari ketika kesemua banduan terbabit diiring ke bilik siasatan untuk tujuan soal siasat.

Pihak Polis Sabah memaklumkan banduan yang telah meloloskan diri itu adalah seorang lelaki dikenali sebagai Nazri Hassan yang berusia 33 tahun.

Sumber: Kosmo

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Shahurinain Jais menjelaskan tahanan yang memakai pakaian banduan berwarna ungu itu dipercayai memanjat pintu jeriji lokap menerusi tingkap di ruang senaman.

Tahanan kemudiannya dipercayai keluar dari bangunan lokap sebelum memanjat pagar luar lokap dan melarikan diri. Petugas lokap telah mengejar tetapi gagal menahan lelaki terbabit apabila tahanan berlari laju ke kawasan belukar berhampiran.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Shahurinain Jais.

Tambah beliau lagi, banduan berkenaan sebelum ini telah direman dari 10 sehingga 18 Disember di bawah Seksyen 431 A Kanun Keseksaan. 

Susulan itu, pihak polis kini memburu suspek dan turut meminta orang awam untuk menghubungi balas polis berhampiran jika memiliki maklumat berkaitan kes terbabit.

Baca Artikel Berkaitan: ‘Long Tiger’ Diburu Polis Selepas Berjaya Lolos Dari Lokap Mahkamah


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd