Now Reading
AirAsia Ingin Ringankan Beban Pelajar, Teruskan Program FLYsiswa 2024 Dengan Tambang Berpatutan

AirAsia Ingin Ringankan Beban Pelajar, Teruskan Program FLYsiswa 2024 Dengan Tambang Berpatutan

Program FLYsiswa ini terbuka kepada pelajar yang mengikuti pengajian tinggi di universiti awam di Malaysia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


AirAsia pada 8 Disember lalu telah mengumumkan untuk terus menyokong program FLYsiswa yang akan diteruskan pada tahun depan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia bagi memberi peluang kepada pelajar terbang pulang ke kampung halaman dengan tambang berpatutan.

E-baucar AirAsia untuk program FLYsiswa boleh digunakan untuk membuat tempahan penerbangan ke 45 laluan di 10 destinasi antara Semenanjung Malaysia dan Sabah/Sarawak iaitu dari Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Kota Bharu ke Kota Kinabalu, Sandakan, Kuching, Bintulu, Miri, Sibu serta Labuan.

Ia juga tersedia untuk tempahan penerbangan antara Sabah, Sarawak dan Labuan.

Inisiatif ini bukan sahaja menunjukkan komitmen syarikat penerbangan itu untuk menawarkan tambang berpatutan dan rangkaian luas malah membolehkan para pelajar mendapat manfaat daripada ekosistemnya.

Ini termasuk mata ganjaran airasia, tawaran dalam penerbangan dan banyak lagi.

“Kami berbesar hati untuk terus menyokong inisiatif FLYsiswa ini yang dijangka akan memanfaatkan kira-kira 50,069 pelajar layak memohon yang berada di universiti awam di seluruh negara.

“Tahun ini, kami menerima lebih 23,000 pendaftaran daripada pelajar yang sah iaitu kira-kira 66% daripada 35,995 pelajar yang telah mengemukakan permohonan baucar tersebut, dan kami berbangga kerana AirAsia terus menjadi syarikat penerbangan pilihan,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat.


FLYsiswa

Kriteria kelayakan bagi program FLYsiswa ini ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia. Program ini terbuka kepada pelajar yang mengikuti pengajian tinggi di universiti awam di Malaysia.

Sumber: AirAsia

Kelayakan termasuk pelajar dari Sabah, Sarawak, atau Wilayah Persekutuan Labuan, belajar di Semenanjung Malaysia; pelajar dari Semenanjung Malaysia, belajar di Sabah, Sarawak, atau Wilayah Persekutuan Labuan; dan pelajar dari Sabah, Sarawak, atau Wilayah Persekutuan Labuan yang belajar di wilayah masing-masing.

Proses permohonan E-baucar AirAsia boleh dibuat dalam beberapa langkah mudah dengan menekan butang ‘Tebus Sekarang’ di airasia.com/aa/flysiswa.

Untuk proses penebusan, hanya masukkan nombor baucar pada halaman pembayaran untuk tempahan penerbangan.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd