Now Reading
4 Beradik Termasuk Bayi 10 Bulan Di Perak Dihalau Nenek Keluar Dari Rumah

4 Beradik Termasuk Bayi 10 Bulan Di Perak Dihalau Nenek Keluar Dari Rumah

Empat beradik yang dihalau dari rumah itu merupakan kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia 11 tahun, enam tahun, tiga tahun serta bayi berumur 10 bulan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tanpa berada dalam jagaan atau pemantauan golongan dewasa, empat beradik telah ditinggalkan di hadapan Kompleks Pentadbiran Perak Tengah, Kampung Gajah sekitar 10:50 pagi semalam (23 November).

Kejadian itu disedari oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat Kampung Gajah sebelum membuat laporan polis berhubung penemuan tersebut pada jam 5:39 petang.

Difahamkan, mereka telah ditinggalkan di hadapan pondok pengawal keselamatan oleh seorang wanita tidak dikenali yang menaiki kereta jenis Toyota.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook Polis Daerah Perak Tengah, Ketua Polis Daerah Perak Tengah Superintendan Hafezul Helmi Hamzah memaklumkan empat beradik itu merupakan kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia 11 tahun, enam tahun, tiga tahun serta bayi berumur 10 bulan.

Sumber: Foursquare

Empat Beradik Telah Dihalau Oleh Nenek

Siasatan awal pihak polis mendapati bahawa mereka telah dihalau dari rumah oleh nenek yang tinggal di Kampung Kuchai, Bota.

Hasil pertanyaan kepada kanak-kanak berumur 11 tahun, kanak-kanak tersebut menyatakan yang mereka telah dihalau dari rumah oleh nenek mereka di Kampung Kuchai, Bota dan dihantar ke Kompleks Pentadbiran Perak Tengah, Kampung Gajah menaiki kereta oleh perempuan tidak dikenali.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Superintendan Hafezul Helmi Hamzah.

Susulan itu, pegawai yang membuat laporan polis berkenaan telah menghantar empat beradik tersebut ke Rumah Perlindungan Kanak-kanak Gopeng untuk tindakan selanjutnya.

Sehingga kini, pihak polis sedang giat mengesan ibu bapa atau waris kesemua kanak-kanak terbabit.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tentang kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Penjenayah IPD Perak Tengah Insp Mohd Hanif bin Dzulkifli di talian 012-6477452.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd