Now Reading
[Video] Puluhan Lot Kedai Di Uptown Kota Damansara Terbakar Dijilat Api

[Video] Puluhan Lot Kedai Di Uptown Kota Damansara Terbakar Dijilat Api

Kerja-kerja pemadaman dilakukan sejurus pihak bomba tiba di Uptown Kota Damansara dan api dilaporkan berjaya dikawal sekitar jam 9.06 malam.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Hari ini (20 November) kira-kira jam 8:30 malam, sosial media digemparkan dengan video-video yang menunjukkan puluhan lot kedai di Uptown Kota Damansara telah musnah dijilat api.

Menurut laporan, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata bahawa pihaknya telah menerima panggilan kecemasan pada jam 8:34 malam.

Susulan itu, tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, Kota Anggerik, Damansara dan Petaling dikejarkan ke lokasi. Kerja-kerja pemadaman dilakukan sejurus tiba di lokasi dan api berjaya dikawal pada jam 9.06 malam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar.

Mengulas lanjut, pihaknya kini sedang menjalankan siasatan berhubung jumlah lot kedai yang terjejas susulan kebakaran tersebut.

Ketika kejadian berlaku, semua gerai berkenaan sedang beroperasi. Jumlah kerugian serta punca kebakaran kini dalam siasatan. Kejadian juga tidak membabitkan sebarang mangsa, proses ‘overhaul’ kini sedang dijalankan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar.

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd