Now Reading
KLIA Ekspres Terlanggar Babi Hutan Jadi Punca Kelewatan Servis Pada Awal Pagi Tadi

KLIA Ekspres Terlanggar Babi Hutan Jadi Punca Kelewatan Servis Pada Awal Pagi Tadi

Insiden pelanggaran melibatkan babi hutan pada awal pagi hari ini (8 November) telah mengakibatkan kegagalan trek berhampiran Stesen Putrajaya dan Cyberjaya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Dalam satu kejadian yang berlaku pada pagi hari ini (8 November), servis KLIA Ekspres dan KLIA Transit dilaporkan mengalami gangguan berhampiran stesen Putrajaya dan Cyberjaya.

Menerusi ciapan yang dimuat naik di laman X (Twitter @KLIAekspres), gangguan tersebut dipercayai berlaku disebabkan insiden kereta api mereka yang terlanggar seekor babi hutan.

Pihak mereka akan menjalankan perkhidmatan dengan menggabungkan servis dari jam 6:00 pagi dari KL Sentral dan Terminal 2 KLIA dengan selang masa antara kereta apai selama 20 minit.

Pengguna dinasihati untuk merujuk ke kaunter tiket bagi melihat jadual dan platform kereta api yang telah diubah.


Servis KLIA Ekspres Kini Beransur Pulih

Dalam ciapan terbaharu yang dimuat naik di laman X (Twitter @KLIAekspres), servis KLIA Ekspres akan kembali seperti biasa bermula dari 11:00 pagi dari KL Sentral dan 11:15 pagi dari Terminal 2 KLIA.

Bagi perkhidmatan KLIA Transit pula, servis akan berfungsi semula dari jam 11:03 pagi dari KL Sentral dan 11:18 pagi dari Terminal 2 KLIA.


Perkara Yang Sama Pernah Berlaku Sebelum Ini

Sebelum ini, insiden yang sama dilaporkan pernah berlaku pada 6 September lalu sehingga mengakibatkan jadual kereta api juga terkesan akibat terlanggar babi hutan.

Dalam kejadian itu, pengguna yang terkandas telah dibawa ke lapangan terbang buat sementara waktu sehingga menungu kereta api seterusnya.

Selain itu, kejadian pada 2 November lalu melibatkan Kereta Api Ekspres Rakyat Timuran (ERT) pula telah melanggar 14 ekor lembu antara Bahau dengan Stesen Triang di Kilometer (KM) 84.5 hingga KM 84.75

Insiden berkenaan tidak melaporkan sebarang kecederaan pada penumpang namun kesemua lembu yang ditemui telah mati di lokasi terbabit.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd