Remaja Maut Rentung Dalam Tandas Dibakar Oleh Rakan, Tertuduh Dihukum Cuci Tandas 6 Bulan
Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan khianat dengan api dan telah menyebabkan kebinasaan kepada tandas awam di gelanggang futsal, Jalan Cakera Purnama, Fasa 3 Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Hari ini (25 Oktober), Mahkamah Majistret Selangor telah memerintahkan supaya dua remaja yang membakar sebuah tandas awam di Bandar Puncak Alam Fasa 3, Kuala Selangor sehingga menyebabkan seorang lagi rakan maut telah diarahkan untuk mencuci tandas dalam tempoh enam (6) bulan.
Menurut laporan, Majistret Siti Hajar Ali menjatuhkan hukuman yang bersifat khidmat masyarakat selama 100 jam itu setelah kedua-dua tertuduh yang berusia 16 tahun mengaku bersalah terhadap tuduhan mereka.
Mengulas lanjut, mahkamah turut memerintahkan bon berkelakukan baik sebanyak RM1,000 untuk setiap seorang selama dua (2) tahun, selain perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran sebanyak sebulan sekali, dalam tempoh yang sama.
Kamu tidak boleh keluar rumah sendirian bermula jam 8 malam hingga 6 pagi kecuali ditemani ibu bapa masing-masing selain kena hadir bengkel yang dikendalikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Majistret Siti Hajar Ali.
Dua Remaja Lakukan Khianat Hingga Menyebabkan Kematian Rakan
Menurut kertas pertuduhan, kedua-dua mereka didakwa melakukan khianat dengan api dan telah menyebabkan kebinasaan kepada tandas awam di gelanggang futsal, Jalan Cakera Purnama, Fasa 3 Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor, pada jam 2:47 petang, 28 Ogos 2022.

Kesalahan berkenaan telah dilakukan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda.
Laporan Akhlak Tertuduh Dikemukakan
Semasa prosiding berlangsung, JKM turut mengemukakan laporan akhlak kedua-dua tertuduh selain mengemukakan dua (2) syor termasuk berkelakuan baik.
Dua penasihat awam termasuk seorang guru juga memberikan penyataan dalam galeri mahkamah di mana mereka turut menegur perbuatan tertuduh yang membinasakan harta awam.
Ini juga memberikan kesan kepada keluarga mangsa. (Kedua-duanya) perlu muhasabah diri.
Majistret Siti Hajar Ali.
Untuk rekod, sebelum ini tindakan dua remaja yang bermain dengan api telah mengundang padah apabila seorang rakan mereka maut setelah terperangkap di dalam tandas awam di Bandar Puncak Alam Fasa 3, pada 28 Ogos tahun lalu.
Mangsa dikenali sebagai Muhammad Damin Mikhail Kamsol yang berusia 16 tahun ditemui rentung sejurus kebakaran tandas itu dipadamkan pihak bomba.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.