Now Reading
Pendaki Malaysia Maut Di Gunung Mera Peak, Nepal

Pendaki Malaysia Maut Di Gunung Mera Peak, Nepal

Pendaki Malaysia, Hazlami Ahmad Nizam telah dilaporkan meninggal dunia apabila sedang mendaki puncak Gunung Mera Peak, Nepal pada ketinggian 6,476 meter dari aras laut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Aktiviti ‘hiking’ atau mendaki sememangnya hobi yang menyeronokkan jika anda cintakan alam sekitar.

Aktiviti ini bukan sahaja dapat melegakan stres malah ia boleh membentuk fizikal tubuh badan yang sihat.


Pendaki Dari Malaysia Meninggal Dunia Ketika Mendaki Di Gunung Mera Peak

Semalam (5 Oktober), negara dikejutkan dengan khabar berita dukacita melibatkan seorang pendaki dari Malaysia yang dilaporkan meninggal dunia ketika mendaki di Gunung Mera Peak, Nepal.

Untuk info, mangsa merupakan seorang kakitangan syarikat Petronas Chemicals iaitu Hazlami Ahmad Nizam berumur 33 tahun.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perwakilan Diplomatik Malaysia (Malawakil) di Nepal, pihak mereka telah menerima berita pada jam 11 pagi tentang kematian rakyat Malaysia tersebut ketika mendaki puncak pada ketinggian 6,476 meter dari aras laut.

Tambah Malawakil, agensi berkenaan akan berkongsi butiran lanjut sekiranya laporan penuh tentang kejadian diterima.


Proses Membawa Turun Jenazah Dari Gunung Dijangka Dilakukan Hari Ini (6 Oktober)

Menurut salah seorang rakan arwah, keluarga Hazlami memaklumkan bahawa proses mendapatkan bantuan helikopter sedang diuruskan bagi membawa turun jenazah yang dijangka dilakukan hari ini.

Selain itu, kenalan mangsa yang telah mengenali arwah semasa bertugas di Gambang, Kuantan berkata waris Hazlami telah meminta bantuannya untuk membawa jenazah pulang ke tanah air.

“Saya juga sudah berhubung dengan Malawakil di Nepal dan beberapa ahli keluarga arwah yang akan berangkat ke Nepal esok bagi menguruskan proses membawa pulang jenazah,” jelas rakan arwah.

Baca Artikel Berkaitan: Gelje Sherpa Selamatkan Pendaki Malaysia Dari ‘Zon Mati’ Di Gunung Everest

Baca Artikel Berkaitan: Pendaki Wanita 52 Tahun Ditemui Selepas Sesat Dalam Hutan Selama Hampir 24 Jam

Baca Artikel Berkaitan: Pendaki OKU Jadi Rakyat Malaysia Pertama ‘Sampai’ Ke Puncak Gunung Kedua Tertinggi Dunia

Sumber: Berita Harian


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd