Now Reading
ZUS Coffee Bakal Guna Straw Baru Selepas Terima Banyak Aduan Dari Pelanggan

ZUS Coffee Bakal Guna Straw Baru Selepas Terima Banyak Aduan Dari Pelanggan

Ramai pelanggan merungut dengan kualiti straw ZUS Coffee yang dikatakan mudah lembik dalam tempoh sekejap.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Selepas jenama kopi terkenal telah diboikot oleh masyarakat Malaysia, ramai yang mencari alternatif lain untuk memenuhi keinginan mereka.

Antara salah satu jenama yang kini menjadi perhatian ramai adalah kedai minuman tempatan iaitu ZUS Coffee.

Walaupun menyediakan pelbagai menu dan pilihan kopi untuk para pelanggan, tetapi ada satu masalah yang sering diadukan oleh orang ramai iaitu berkaitan kualiti straw mereka.


ZUS Coffee Bakal Keluarkan Straw Baharu

Menerusi ciapan dimuat naik di laman X (@jjhwonu), pengguna ini meluahkan rasa tidak puas hati dengan kualiti straw dari ZUS Coffee yang mudah lembik dalam tempoh singkat.

“Saya suka dengan semua benda dari ZUS kecuali penyedut minuman mereka. Tolong buat sesuatu. Saya janji akan terus senyap selepas ini,” kata pengguna laman X.

Sebagai respon kepada ciapan berkenaan, ZUS Coffee pula memuat naik ciapan mereka dengan memberitahu bahawa mereka akan mengeluarkan straw yang baharu.

Walau bagaimanapun, tarikh mereka bakal melancarkan straw itu tidak dapat dipastikan.

“Kami janji kami akan keluarkan straw yang baru untuk anda. Bawa bertenang guys, much love,” kata ZUS Coffee dalam ciapan mereka.


Orang Ramai Teruja ZUS Coffee Bakal Keluarkan Straw Baru

Pengumuman yang dibuat oleh ZUS Coffee itu telah menimbulkan keterujaan dalam kalangan netizen di media sosial kerana ramai yang tidak gemar dengan kualiti straw jenama minuman berkenaan.

Rata-rata pelanggan mereka meminta agar straw baru itu dilancarkan dalam tempoh terdekat.

“Sorry ZUS Coffee, i buang semua straw kertas you setiap kali beli minuman dari sana sebab tak nak mencarut,” luah netizen.

Siap ada yang bagi cadangan agar pihak ZUS Coffee membuat peyedut minuman seperti jenama Chagee.

Sumber: X @Mike_Devo/ @J4frul

Walau bagaimanapun, ada juga sesetengah netizen yang menyukai straw berkenaan dan berharap pelanggan diberi pilihan untuk memilih penyedut minuman.

Seorang netizen pula berkata straw kertas berkenaan tidak menjadi masalah sekiranya minuman dihabiskan dalam tempoh terdekat.

“Bagi saya, tak ada masalah sebab saya selalu habiskan minuman dalam tiga sedutan dan siapa yang biarkan minuman dalam tempoh 3 jam,” kata netizen.

Sumber: X

ZUS Coffee telah melancarkan straw 100% diperbuat daripada tumbuhan yang sejak tahun 2022.

Straw berkenaan telah dibuat 100% daripada beras dan ‘turtle-friendly’. Kalau ada yang termakan penyedut minuman itu pun tidak bahaya kerana ia juga 100% daripada bahan makanan.

Baca Artikel Berkaitan: Zus Coffee Rasmi Kedai Ke 100, Tawar 1,000 Peluang Pekerjaan & Sah Terima Status Halal

Baca Artikel Berkaitan: Malaysia’s Zus Coffee To Open Outlet In The Philippines 


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd